Selepas kemenangan bergaya Oman ke atas Harimau Malaya di Stadium Sultan Qaboos, Muscat, kali ini anak buah Jaroslav Silhavy dalam misi teruskan momentum itu.

Jaroslav ketika ditanya media Oman berkata pertemuan ke atas Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sangat penting.




"Saya harap kami boleh dapatkan kemenangan dan buat peminat gembira seperti apa yang dilakukan di Muscat"

"Sangat puas hati dengan organisasi pertahanan kami pada perlawanan lepas, kami akan pastikan yang kami tidak lepaskan gol esok (hari ini)," kata Jaroslav.