Kalau tak cemburu tu maknanya kena jumpa pakar sakit jiwa dah tu! Memang betul – betul ada masalah mental sebab kejayaan mereka ini dicemburui semua 9 negara-negara Asia Tenggara lain.

Apatah lagi Indonesia kini hanya selangkah sahaja lagi untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik di Paris Julai nanti. Tak perlu jadi juara Asia pun – hanya perlukan tamatkan saingan ke keudukan ke 3 sudah memadai.

Apa yang kita boleh belajar dari kejayaan skuad bawah 23 tahun Indonesia ini ? Banyak sebenarnya tetapi ada beberapa perkara yang menonjol.

Antaranya menyatukan 2 pasukan iaitu skuad Utama dan juga skuad muda di bawah bimbingan pasukan jurulatih yang sama.

Indonesia memiliki ketua jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae Yong yang turut membawa seramai 7 lagi jurulatih dari pelbagai ‘department’ untuk membantunya.



Menyatukan seorang jurulatih untuk 2 pasukan kebangsaan (senior & bawah 23 tahun ) pernah dipraktikan oleh seorang lagi ketua jurulatih berasal Korea Selatan, Park Hang Seo.

Lihatlah bagaimana jurulatih keras kepala ini membawa kejayaan hebat buat Vietnam. Bukan itu sahaja, dia jugalah yang telah merubah 360 darjah warna dan landskap bolasepak Vietnam sehingga ke tahap ini.

Berbalik kepada cerita bolasepak Indonesia, di mana kehebatan mereka semakin berleluasa selepas kejayaan ahli perniagaan hebat dan juga ahli politik Indonesia, Erick Thohir dipilih selaku pengerusi Persatuan Sepak Bola Indonesia ( PSSI ) pada Februari tahun lalu.

Tokoh perniagaan ini yang pernah memiliki kelab sehebat Inter Milan di Serie A dan juga DC United di Amerika Syarikat memiliki kepakaran dalam pemasaran sukan juga.

Maka tidak hairanlah, menerusi kepimpinanya bersama kelab-kelab besar di peringkat global memudahkan Erick Thohir membentuk skuad bolasepak Indonesia.

Jadi apa yang kita boleh belajar ? tak kan nak tepuk dada dan tengok saja ?

Selamat maju jaya buat skuad bawah 23 tahun Indonesia! Semoga kalian ke Olimpik Paris.