Nor Farah Ain Abdullah muncul sebagai juara dalam Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024 di Guernsey selepas menewaskan wakil dari Malta, Connie Rixon.



Farah mempamerkan aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.

Pada bulan Mac lalu, Farah melakukan 'debut' di kejohanan antarabangsa dengan meraih pingat emas di Kejohanan Asia dalam acara empat berpasukan wanita.

Pada awal bulan April, wartawan Nadi Arena, Karl Nunis sempat mendapatkan persediaan atlet itu menuju ke kejohanan dunia di Guernsey, dan pada ketika itu Farah menegaskan bahawa dia bertekad untuk tidak hanya bergelar sebagai jaguh kampung.

"Saya bukan jaguh kampung jadi langkah pertama yang perlu saya lakukan di Guernsey ialah membuktikan bahawa saya akan mengalahkan juara dunia sebelum ini", kata Farah pada tanggal 8 April lalu.

Kurang sebulan kemudian, Farah Ain benar-benar membuktikan bahawa dia bukanlah jaguh kampung dengan menaiki takhta tertinggi di pentas dunia.

Syabas!