Pengarah Udinese, Pierpaolo Marino, mengingatkan seteru Serie A bahawa cabaran mereka pada musim ini tidak harus diremehkan.

Kem Inter bergolak sementara Simeone Inzaghi berdepan tekanan agar meletakkan jawatan berikutan kekalahan 1-3 di Stadio Friulli, kelmarin.

Walaupun mengakui Inter beraksi di bawah par, ia juga harus diambil kira bahawa situasi yang sama pernah berlaku di Rom.

Marino percaya penyokong Inter bersikap terlalu keras terhadap pengurus itu sambil menjelaskan persembahan menarik Udinese merupakan salah satu puncanya memandangkan Inter turun berbekalkan empat kemenangan berturut-turut termasuk kemenangan ke atas pencabar hebat seperti Roma dan Fiorentina.




"Kalau saya fikir ia adalah persembahan terbaik Inter maka saya hanya berbohong, tetapi saya tidak mahu memperkecilkan prestasi Udinese.

“Ingatlah bahawa kami juga menewaskan Roma 4-0 dan itu lebih jelas daripada keputusan bertemu Inter,” katanya kepada penyiar Itali, Rai Radio.