Muzaffar Musa
Sun Jan 24 2021
Antonio Conte menegaskan Inter Milan akan terus menumpukan kepada diri mereka sendiri dan bukannya AC Milan selepas terlepas peluang untuk memintas seteru setempat itu di kedudukan teratas Serie A.
Seminggu selepas menewaskan satu lagi pencabar Scudetto, Juventus, 2-0, Inter gagal meneruskan rentak itu apabila diikat tanpa jaringan oleh pasukan di kelompok pertengahan, Udinese awal pagi tadi.
Skuad kendalian Conte itu melakukan 10 percubaan di Dacia Arena -- rekod terendah mereka dalam aksi liga di laman lawan musim ini -- yang turut menyaksikan Conte dibuang padang pada penghujung permainan kerana mempertikaikan keputusan pengadil.
Milan tewas 0-3 kepada Atalanta dalam satu lagi perlawanan tetapi Inter hanya dapat merapatkan jurang dengan pendahulu liga itu kepada dua mata bagi menamatkan separuh pertama musim ini.
Skuad Nerazzurri hanya memenangi satu daripada empat perlawanan Serie A terakhir, berbanding memenangi kesemua lapan perlawanan sebelumnya, dan Conte mengakui terdapat penambahbaikan yang diperlukan pasukan itu.
"Seperti yang selalu saya katakan, kami perlu memikirkan mengenai kami dan bukannya pasukan lain seperti Milan. Kami hanya perlu fokus untuk memperbaiki prestasi dan keputusan kami," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Kami hanya mencuba berusaha dan memberikan yang terbaik daripada diri kami. Saya fikir berdasarkan pelbagai kesukaran yang kami hadapi tahun ini, Inter telah menjadi buah mulut dan protagonis sebenar.
"Inter layak menerimanya sebagai sebahagian daripada sejarah mereka. Masih ada separuh musim lagi untuk dihadapi tetapi kami telah melakukannya musim lalu dan separuh perjalanan itu amat hebat," katanya.
Napoli sasar kembali ke peringkat Eropah tapi Scudetto juga realistik, kata Conte selepas atasi Milan
Pengurus Napoli, Antonio Conte, menegaskan usaha untuk kembali ke peringkat Eropah akan tetap menjadi sasaran utama Napoli tetapi sukar untuk mereka mengabaikan peluang menjulang Scudetto musim ini, terutama selepas melebarkan pendahuluan di tangga teratas Serie A kepada tujuh mata dengan menewaskan AC Milan awal pagi tadi.
Serie A: Dia layak terima pujian -- Antonio Conte terhadap Romelu Lukaku
Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte, memuji persembahan bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku, selepas menjaringkan gol dan membuat dua bantuan jaringan sekali gus membantu skuadnya meraih kemenangan 4-0 menewaskan Cagliari, awal pagi tadi.
Serie A: Lukaku lengkapkan perpindahan ke Napoli
Romelu Lukaku menamatkan tempoh kedua bersama Chelsea dengan perpindahan menyertai Napoli, perkara itu telah disahkan semalam.
Richarlison kesal dituduh punca Antonio Conte tinggalkan Tottenham
Richarlison menafikan bahawa dia memainkan peranan penting Antonio Conte dipecat Tottenham.
EPL: Son Heung-min rasa bertanggungjawab dengan pemergian Conte
Son Heung-min berasakan prestasi hambarnya di atas padang telah menjadi antara punca pemergian Antonio Conte daripada Tottenham.
Tiada jalan lain buat Conte kecuali angkat kaki
Perpisahan Antonio Conte dengan Tottenham Hotspur – sebagaimana baru dimuktamadkan lewat semalam -- adalah sesuatu yang hanya menanti masa untuk berlaku dari saat dia menghamburkan amarah dan kecewanya terhadap kelab London itu.
Antonio Conte-Tottenham setuju berpisah
Antonio Conte telah mengosongkan jawatan di Tottenham atas persetujuan bersama, seminggu selepas mengkritik kelab dan barisan pemain sambil penolong jurulatih, Cristian Stellini, akan bertindak sebagai pengurus sementara hingga akhir musim ini.
Ibrahimovic: Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs
Zlatan Ibrahimovic percaya Antonio Conte sedang dibayar oleh Tottenham untuk 'menjadi dirinya sendiri'.
Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.
Conte kecewa pemain Spurs 'pentingkan diri sendiri'
Antonio Conte tidak berselindung apabila dia mengecam pemain Tottenham susulan keputusan seri 3-3 dengan Southampton dalam Liga Perdana Inggeris semalam.
Flick: Barcelona 'not happy' with recent run, but will 'fight until the end'
Flick: Barca will keep fighting
Leverkusen want to end historic year on a high, says Alonso
Alonso wants to end year on high
Gatland to coach Wales at 2025 Six Nations, but must improve results
Gatland remains Wales head coach
Napoli boosted by Kvaratskhelia return for Genoa clash
Kvaratskhelia available for Napoli
Man City dealt injury blow with Dias out for 'three or four weeks'
Dias out for three to four weeks
'That was kind of embarrassing' - Curry cannot hide frustration after heavy Memphis defeat
Curry: 'That was embarrassing'
'I haven't found the key' - Simeone seeking first LaLiga away win over Barca
Simeone: 'I haven't found the key'
Brandt and Anton available for Dortmund's trip to Wolfsburg
Brandt, Anton set to return
Martinez 'will retire' from international duty if Argentina defend World Cup crown
Martinez makes shock Argentina vow
Hadjar 'stepping into whole new universe' after completing 2025 F1 grid
Hadjar completes 2025 F1 grid