Kurang seminggu dipecat Sevilla, Julen Lopetegui, dikhabarkan sudah mula dirisik kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves.

Wolves hambar pada awal permulaan musim ini yang menyaksikan pemecatan Bruno Lage minggu lalu selepas hanya berjaya memimpin mereka meraih satu kemenangan liga setakat ini untuk berada di zon penyingkiran.

Ejen bekas ketua jurulatih Sepanyol itu iaitu Jorge Mendes mempunyai hubungan rapat dengan kelab EPL berkenaan.



Sky Sports mendedahkan pengendali berusia 56 tahun itu menjadi pilihan utama dan rundingan untuk membawanya ke Molineux dijangka bermula selepas bertemu Chelsea, malam ini.

Dalam masa sama, Sevilla mengumumkan pelantikan semula Jorge Sampaoli di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan.