Daeng Dhadyry
Tue Nov 28 2023
Gary O’Neil persoalkan, “Apa gunanya VAR?” selepas pasukan, Wolvesnya, memberikan sepakan penalti yang kontroversi pada lewat perlawanan dalam kekalahan 3-2 di Craven Cottage.
VAR menghantar Michael Salisbury ke skrin VAR dan kemudian memberikan penalti selepas Joao Gomes menjatuhkan Harry Wilson di dalam kotak penalti, Willian berjaya menjaringkan sepakan penalti keduanya dalam perlawanan untuk memastikan tiga mata untuk Fulham.
O’Neil menegaskan keputusan melibatkan penalti di lewat aksi, Carlos Vinicius’ didakwa melakukan 'headbutt' pada Max Kilman dan mengapa Tim Ream tidak menerima kuning kedua kerana mengasari Hwang Hee-Chan.
Pengurus Wolves itu mengkritik keputusan semasa perlawanan dan percaya bahawa VAR tidak membantu pengadil.
O’Neil berkata: “Saya tidak fikir ia membantu permainan itu,
“Saya fikir pengadil akan melakukan kerja yang lebih baik dengan sendirinya. Saya tidak rasa VAR membantunya tetapi sebenarnya ia menghalangnya.
“Menghantarnya ke skrin untuk satu perkara tetapi bukan hal lain, tidak menasihatinya bahawa terdapat satu tindakan 'headbutt' atau Tim Ream sepatutnya menerima kad merah. Apakah kegunaan VAR?
“Mereka berkata mengenai insiden Harry Wilson adalah tepat (keputusan penalti di lewat perlawanan). Terdapat sentuhan yang minima dan saya fikir ia tidak cukup.”
O’Neil, yang bercakap dengan pengadil selepas perlawanan, juga berasa terkilan dengan penalti pertama yang diberikan kepada Fulham atas kekasaran oleh Nelson Semedo ke atas Tom Cairney.
Dia memberitahu kepada Sky Sports: “Nelson mendapatkan bola, tidak menyentuh Tom Cairney. Saya menontonnya kembali dengan pengadil, dan untuk bersikap adil kepadanya, dia berkata dia fikir mereka melakukan kesilapan untuk insiden itu dan dia sepatutnya dihantar untuk melihat monitor.”
EPL: Tandukan saat akhir Stones pastikan City atasi Wolves
Tandukan saat akhir John Stones memastikan Manchester City menewaskan Wolves 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux malam tadi.
EPL: O'Neil yakin Wolves mampu bangkit musim ini
Wolves kini gagal memenangi mana-mana daripada empat perlawanan liga pembukaan mereka musim ini dan menduduki di tangga ketiga tercorot.
EPL: Arteta kagum cara Arsenal peroleh kemenangan
Pengurus The Gunners, Mikel Arteta, mengagumi cara pasukan meraih tiga mata ketika mengatasi Wolves dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates semalam.
EPL: Bukayo Saka seperti dari planet lain -- Kai Havertz
Kai Havertz melabel Bukayo Saka sebagai 'luar biasa' kerana rakan sepasukannya menjadi pemangkin Arsenal memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves.
EPL: Gary O'Neil kagum aksi cemerlang Hwang Hee-chan
Gary O’Neil memuji penjaring gol kemenangan, Hee-chan selepas Wolves mengatasi Burnley.
"Apa guna ada VAR?" -- O'Neil bengang selepas Wolves tewas di Fulham
Gary O’Neil persoalkan, “Apa gunanya VAR?” selepas pasukan Wolvesnya memberikan sepakan penalti yang kontroversi pada lewat perlawanan dalam kekalahan 3-2 di Craven Cottage.
Dua jaringan masa kecederaan Wolves kejutkan Tottenham
Wolves melakar kebangkitan dengan penuh bergaya untuk menumbangkan Tottenham sekaligus menafikan peluang Spurs kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.
Liverpool buat Wolves gigit jari
Anak buah Jurgen Klopp mengelak kekalahan dengan mempamerkan persembahan jitu untuk kemenangan lewat 3-1 Liverpool ke atas Wolves, sebentar tadi.
Wolves tempelak pengadil gagal beri sepakan penalti
Bos pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Jon Moss, meminta maaf kepada Gary O'Neil dan memberitahunya bahawa Wolves telah dinafikan sepakan penalti pada masa kecederaan dalam kekalahan 0-1 kepada Manchester United di Old Trafford, awal pagi tadi
EPL: Wolves-Julen Lopetegui tiada lagi persefahaman
Tempoh Julen Lopetegui sebagai ketua jurulatih Wolves tamat selepas sembilan bulan apabila kedua-dua pihak itu bersetuju untuk membawa haluan berbeza menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.
Van Nistelrooy already making changes at Leicester ahead of debut against West Ham
Preview: Leicester v West Ham
Flick wants to see clinical finishing from Barcelona
Flick bemoans Barca profligacy
Verstappen has "lost all respect" for Russell after Qatar GP penalty
Max: I lost all respect for Russell
Alonso: DFB-Pokal tie with Bayern 'almost a final' for Leverkusen
Alonso: Bayern tie 'a final'
Rooney left 'embarrassed' by heavy Plymouth defeats
Plymouth's Rooney 'embarrassed'
I would've asked to bat in top four on debut, says England's Bethell
Bethell would've asked to bat third
Carragher on Salah's new contract: 'Liverpool don't give people what they want'
Carragher weighs in on Salah deal
'I've never seen a guy like him' – Cavs coach Atkinson in awe of Mitchell
Atkinson raves about Mitchell
Norris says he let McLaren down after costly penalty in Qatar GP
I’ve let McLaren down: Lando Norris
Bayern can cope without Kane, claims Kompany
Bayern have Kane alternatives