Wolves melakar kebangkitan dengan penuh bergaya untuk menumbangkan Tottenham sekaligus menafikan peluang Spurs kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Pablo Sarabia dan Mario Lemina menjaringkan gol kemenangan 2-1 dalam masa kecederaan.

Spurs terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Brennan Johnson dan kelihatan di landasan untuk mendapatkan kemenangan di Molineux.

Bagaimanapun, Tottenham kelihatan kekeringan tuah ketika Wolves melancarkan serangan bertali arus namun gagal menemui gawang sehinggalah Sarabia dan Lemina mencetus keghairahan i penghujung permainan sekaligus memastikan tiga mata di laman sendiri.

Spurs yang memasuki perlawanan hari ini dengan peluang untuk kembali ke puncak liga dengan berkelebihan dua mata namun melewati dua kekalahan berturut-turut selepas tewas kepada Chelsea dalam aksi terdahulu.