Bekas pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger, berkata Pep Guardiola sebahagian individu yang menjadi punca kemerosotan pasukan kebangsaan.
Schweinsteiger menerusi perbualan bersama stesen radio Britain, Talksport bahawa Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.
"Apabila Pep Guardiola menyertai Bayern Munich, apabila dia datang ke negara ini, semua orang percaya kami perlu bermain bola sepak seperti ini, seperti hantaran pendek dan segala-galanya. Kami seperti kehilangan nilai kami," kata Schweinsteiger.
Schweinsteiger, yang bekerja sebagai pakar TV, bermain di bawah Guardiola selama dua musim di Bayern berikutan ketibaan bekas jurulatih Barcelona itu ke Munich pada 2013.
Schweinsteiger meninggalkan kelab itu pada 2015, manakala Guardiola berlepas ke Manchester City pada 2016.
Ia adalah tempoh sarat trofi untuk Bayern di bawah Guardiola, memenangi tiga gelaran Bundesliga, dua Piala Jerman dan Piala Dunia Kelab. Bagaimanapun, pasukan Bavaria itu tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara dalam setiap tiga musim mereka di bawah Guardiola.
"Saya fikir kebanyakan negara lain melihat Jerman sebagai pejuang, kami boleh berlari sehingga tamat dan segala-galanya. Kekuatan kami hilang sepanjang tujuh, lapan tahun yang lalu. Kami melupakannya dan lebih fokus untuk bermain bola dengan baik antara satu sama lain. Itulah salah satu sebabnya," kata Schweinsteiger mengenai kemerosotan Jerman sejak 2016.
Joachim Löw adalah jurulatih Jerman pada masa itu, telah mengetuai pasukan itu merangkul kejuaraan Piala Dunia pada 2014 dengan Schweinsteiger memainkan peranan penting.
Jerman mara ke separuh akhir Euro 2016, tetapi kecewa di kejohanan utama sejak itu.
Jerman gagal dalam peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2018, hanya mencapai pusingan kedua Euro 2020, dan tersingkir di peringkat kumpulan sekali lagi pada Piala Dunia tahun lalu.
Di bawah pengganti Löw, Hansi Flick, Jerman hanya memenangi tiga daripada 11 perlawanan musim lalu. Pasukan itu mula dikritik peminat mereka sendiri semasa dan selepas tewas 2-0 di tempat sendiri kepada Colombia bulan lalu menjelang bertindak sebagai tuan rumah Euro 2024.
Sementara itu, Guardiola menikmati kejayaan bersama City, mengetuai kelab yang disokong Abu Dhabi itu memenangi trofi Liga Juara-Juara pertama mereka musim lalu, serta gelaran Liga Perdana dan Piala FA.
Ammar Hakim
Wed Apr 03 2024
Masih tak puas hati -- Pep Guardiola
Jurulatih pasukan Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan bahawa dia masih tidak berpuas hati meskipun berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris selepas menundukkan Chelsea semalam.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Penyerang sensasi, Erling Haaland, dijangka bakal terlepas aksi Piala FA Inggeris bertemu Chelsea awal pagi esok.
Kami lebih stabil -- Pep Guardiola puji kemajuan City di Eropah
Pengurus Manchester City, Pep, Guardiola, memuji watak setiap pemain dalam pasukannya selepas juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu melakar keputusan seri 3-3 yang mendebarkan ketika berdepan pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid, awal pagi tadi.
EPL: Pep Guardiola pertahan Erling Haaland sebagai penyerang terbaik dunia
Pep Guardiola melabel Erling Haaland sebagai penyerang terbaik dunia selepas penggempur Manchester City itu disamakan dengan pemain dari Liga Dua oleh pemerhati sukan, Roy Keane.
Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman -- Bastian Schweinsteiger
Bekas pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger, berkata Pep Guardiola sebahagian individu yang menjadi punca kemerosotan pasukan kebangsaan.
Ia bukan lagi di tangan kami -- Guardiola akui Liverpool kini pasukan pilihan juara EPL
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui Liverpool kini adalah pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukannya terikat tanpa jaringan dengan Arsenal awal pagi tadi.
EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'Tsunami'
Pep Guardiola merasakan Manchester City terselamat daripada badai "tsunami" selepas pertembungan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Anfield, semalam.
Pep Guardiola beri amaran keras kepada Jim Ratcliffe
Pep Guardiola memberi amaran kepada Sir Jim Ratcliffe bahawa Manchester City tidak akan tersingkir dengan mudah.
Piala Dunia Kelab: Guardiola kagumi gaya samba Fluminense
Pep Guardiola akan mengingati kenangan zaman kanak-kanaknya menonton perlawanan membabitkan Brazil tatkala Manchester City sedang memburu Piala Dunia Kelab.
Pep Guardiola 'teruja' bawa Manchester City ke Arab Saudi
Pep Guardiola berkata dia "sangat gembira dan teruja" Manchester City akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia Kelab di Arab Saudi dalam beberapa hari akan datang.
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid
Pochettino says Chelsea in 'most challenging period' ahead of Spurs reunion
Mauricio Pochettino's Chelsea take on his former club Tottenham on Thursday, with both teams needing points in the race for Europe.