Skuad futsal negara berjaya mengikat Afghanistan 3-3 dalam saingan Kejohanan Futsal NSDF Thailand yang berlangsung di Nonthaburi.

Saingan liga sepusingan yang turut melibatkan empat pasukan termasuk tuan rumah, Thailand dan Australia menyaksikan Malaysia turun bertemu negara dari Timur Tengah dalam perlawanan pertama.

Reza Hossein Poor dan Mehram Ghulami meletakkan Afghanistan di hadapan terlebih dahulu sebelum Malaysia bangkit dengan dua jaringan menerusi Mohamad Awalluddin dan Ahmad Harith Naim.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cukup sengit apabila menghasilkan serangan demi serangan sebelum Reza kembali memastikan Afghanistan di hadapan namun ia hanya bersifat sementara apabila Awalluddin memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam perlawanan yang berkesudahan 3-3.