Scotland dan Hungary masing-masing dalam misi wajib menang bagi memastikan peluang mereka ke pusingan kalah mati saingan Euro 2024 cerah!

Scotland kekal dalam buru pusingan 16 selepas melakar keputusan seri dengan Switzerland di Cologne. Kapten pasukan, Andy Robertson, menyifatkan persembahan dalam perlawanan tersebut -- di mana mereka bangkit daripada kekalahan kepada Jerman di Munich -- mengharapkan skuad kendalian Steve Clarke perlu mengulangi persembahan sama bagi mencari peluang mengatasi Hungary dan menyertai tuan rumah kejohanan ke peringkat kalah mati.

Hungary, sama seperti Scotland, perlu menang bagi menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati. Skuad kendalian Marco Rossi, tewas kepada Switzerland dalam aksi pembukaan Kumpulan, mempamerkan peningkatan ketika bertemu Jerman di Stuttgart namun tidak dapat meraih mata pertama, dan jika mereka dapat meningkatkan kualiti permainan, sudah pasti mereka akan berpeluang menamatkan saingan kumpulan dengan kemenangan yang cukup berharga.

Kemungkinan kesebelasan utama:
Scotland: Angus Gunn; Jack Hendry, Grant Hanley, Scott McKenna; Anthony Ralston, Callum McGregor, Billy Gilmour, Andrew Robertson; Scott McTominay, Che Adams, Scott McGinn
Suspended: Ryan Porteous
Terlepas perlawanan seterusnya jika dilayang kad kuning: McGinn, McKenna, McTominay, Ralston

Hungary: Peter Gulácsi; Endre Botka. Willi Orbán, Marton Dárdai; Bendegúz Bolla, András Schäfer, Callum Styles, Milos Kerkez; Roland Sallai, Dominik Szoboszlai, Barnabás Varga
Terlepas perlawanan seterusnya jika dilayang kad kuning: Bolla, Szalai, Szoboszlai, Varga