Scotland mempunyai peluang terbaik untuk meloloskan diri ke pusingan kalah mati selepas menghidupkan peluan meraih keputusan seri berdepan Switzerland dalam Euro 2024, baru-baru ini.

Anak-anak buah Steve Clarke membawa misi hidup mati apabila berazam untuk menewaskan Hungary demi tiga mata penuh yang boleh melayakkan pasukan itu ke babak seterusnya sambil berharap pasukan tuan rumah, Jerman, mengatasi cabaran Switzerland.

Menurut statistik, Scotland mempunyai kelebihan keatas Hungary susulan lawan mereka itu tidak meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir sejak Euro 2016.

"Kami akan mempamerkan momentum jitu untuk mencapai keputusan positif. Tumpuan akan diberikan sepenuhnya demi mendapatkan tiga mata berharga," kata pertahanan, Jack Hendry.