Kedua-dua perlawanan Euro 2024 awal pagi nanti akan bermula pada masa yang sama dan itu semua kerana kontroversi yang menjangkau lebih 40 tahun.
Tuan rumah, Jerman akan menentang Switzerland dalam perebutan tempat teratas dalam kumpulan A di Frankfurt.
Sementara itu, Scotland melihat untuk memastikan kelayakan ke pusingan kalah mati buat pertama kali dalam sejarah mereka ketika mereka akan menentang Hungary di Stuttgart.
Kedua-dua perlawanan akan bermula pada jam 3 pagi dan atas alasan yang baik juga kerana ia melibatkan ulangan yang tidak diingini dari acara yang dikenali 'Disgrace of Gijón'.
Ketika Piala Dunia edisi 1982 di Sepanyol, Jerman Barat menentang Austria dalam pusingan akhir perlawanan kumpulan, berkongsi satu kumpulan dengan Algeria dan Chile.
Sehari sebelumnya, Algeria telah menewaskan Chile untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan manakala Austria menduduki tangga teratas dengan kedua-dua pasukan memperoleh dua kemenangan.
Memandangkan Algeria telah menentang Chile sehari sebelum Jerman Barat memulakan perlawanan dengan Austria, kedua-dua pasukan mengetahui bahawa kemenangan Jerman Barat dengan kurang daripada tiga gol memastikan kedua-dua pasukan Eropah itu mara ke kalah mati.
Dengan keputusan itu menjamin kemaraan kedua-dua pasukan, kedua-dua pasukan bermain sehingga Jerman Barat menjaringkan gol pada minit ke-10, dan bermula di saat itu, kedua-dua pasukan sekadar melengkapkan tempoh 90 minit waktu permainan dan mereka layak ke peringkat kalah matibola sepak kalah mati.
Ini berlaku dengan mengorbankan Algeria yang berang dan membuat aduan kepada FIFA, namun perkara itu tidak melanggar sebarang peraturan.
Perlawanan itu akan menjadi terkenal di Jerman, Austria dan Algeria, yang digelar sebagai 'Disgrace of Gijón' kerana pemain Austria, Reinhold Hintermaier kemudiannya mengakui bahawa perlawanan itu telah diatur.
Rentetan yang insiden yang berlaku itu menyaksikan bermula dari Piala Dunia 1986, semua perlawanan peringkat kumpulan terakhir telah dimainkan pada masa yang sama untuk mengelakkan pengaturan perlawanan seperti ini berulang lagi.
UEFA tidak lama kemudian mengikutinya untuk Euro dan Liga Juara-Juara. Ia kini menjadi amalan standard untuk semua bola sepak kejohanan di seluruh dunia.
Ammar Hakim
Sun Jun 23 2024
Glasgow bakal anjur Sukan Komanwel 2026
Glasgow akan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas perjanjian disokong oleh kerajaan Scotland.
Liga Negara-Negara: Jaringan minit akhir Cristiano Ronaldo bantu Portugal bangkit atasi Scotland
Cristiano Ronaldo terus menambah koleksi jaringannya bersama Portugal selepas menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Scotland 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi tadi.
EURO 2024: Jaringan minit ke-100 Hungary lebur impian Scotland
Hasrat beraksi di peringkat kalah mati berakhir apabila Hungary menewaskan Scotland dalam saingan Euro 2024 sebentar tadi.
EURO 2024: Mengapa perlawanan MD3 peringkat kumpulan dijalankan serentak?
Kedua-dua perlawanan Euro 2024 awal pagi nanti akan bermula pada masa yang sama dan itu semua kerana kontroversi yang menjangkau lebih 40 tahun.
EURO 2024: Misi Scotland-Hungary rebut kemenangan sulung!
Scotland dan Hungary masing-masing dalam misi wajib menang bagi memastikan peluang mereka ke pusingan kalah mati saingan Euro 2024 cerah!
EURO 2024: Mampukah Scotland lolos ke pusingan 16 ?
Scotland mempunyai peluang terbaik untuk meloloskan diri ke pusingan kalah mati selepas menghidupkan peluan meraih keputusan seri berdepan Switzerland dalam Euro 2024, baru-baru ini.
EURO 2024: Ultras Scotland tawan bandar Cologne, 100,000 penyokong bawa lautan biru
Pemain daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Andy Robertson dan Scott Mctominay, menjadi watak penting dalam membantu Scotland mendapatkan satu mata berharga sekali gus menyaksikan cabaran buat Scotland dalam saingan EURO 2024 terus menyala.
EURO 2024: Gandingan pemain Manchester United, Liverpool bantu Scotland raih satu mata berharga
Andy Robertson dan Scott Mctominay menjadi watak penting dalam membantu Scotland mendapatkan satu mata berharga sekaligus menyaksikan cabaran buat Scotland dalam saingan EURO 2024 terus menyala.
Separuh masa EURO 2024: Aksi sengit Scotland, Switzerland terikat 1-1
Separuh masa pertama menyaksikan Scotland dan Switzerland terikat 1-1 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung sengit di Stadium Cologne, sebentar tadi.
EURO 2024: Ryan Porteous dihukum UEFA, terlepas dua aksi
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman terhadap pemain Scotland, Ryan Porteous, yang dikenakan kad merah ketika perlawanan pembukaan Euro 2024 menentang tuan rumah, Jerman, Sabtu lalu.
Postecoglou demands 'more respect' for Premier League managers
Postecoglou demands more respect
Rivers laments lack of rest after NBA Cup triumph following Cavs defeat
Rivers laments lack of rest
Embiid vows to 'play at 50%' after big return for Sixers
Embiid vows to 'play at 50%'
Atlanta appoint former MLS Cup winner Deila as new head coach
Atalanta appoint Deila
Fonseca delighted to see injury-hit Milan escape rut
Fonseca hails injury-hit Milan
Girona boss Michel eyeing European football again after Valladolid win
Michel eyeing European football
Amorim buoyed by Man Utd improvements despite latest defeat
Preview: Man Utd v Bournemouth
Liew Daren Betting Scandal: A look back at previous high-profile cases
Former national shuttler Liew Daren has become the latest individual to be charged for involvement in betting. In line with that, Stadium Astro recounts some of the previous high-profile betting related cases.
Masked Embiid scores 34 in return to lift 76ers
Embiid has 34 in return, 76ers win
New Everton ownership 'fully supportive' of Dyche and his team
Preview: Everton v Chelsea