Hasrat beraksi di peringkat kalah mati berakhir apabila Hungary menewaskan Scotland dalam saingan Euro 2024 sebentar tadi.

Tiada jaringan terhasil dalam separuh masa pertama terhasil daripada kedua-dua pasukan, di sebalik penguasaan bola dimiliki Scotland, mereka seakan tidak mampu melakukan sentuhan akhir sepanjang 45 minit pertama.

Manakala Hungary kelihatan menghadirkan ancaman setiap kali memiliki peluang melepaskan serangan balas. Percubaan cemerlang daripada Sallai dan Szoboszlai bagaimanapun gagal memberikan masalah buat Gunn.

Dalam perlawanan yang kelihatan bakal berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan telah dimenangi dengan gol yang disempurnakan selepas perlawanan melewati 100 minit waktu permainan.

100 minit yang penuh disajikan deretan peluang yang gagal disempurnakan akhirnya memihak Hungary hasil jaringan Kevin Csoboth.

Kekalahan itu menyaksikan Jerman dan Switzerland membawa cabaran ke pusingan 16 selepas mereka terikat dengan keputusan 1-1 manakala Hungary meraih peluang yang tipis untuk menamatkan saingan dalam kalangan pasukan ketiga terbaik untuk ke peringkat kalah mati.