Kylian Mbappe akhirnya berjaya menjaringkan gol dalam saingan Euro 2024 ketika membantu Perancis mengikat Poland 1-1 dalam aksi di Signal Iduna Park sebentar tadi.
Pasukan pilihan kejohanan, Perancis turun dalam terakhir peringkat kumpulan menyedari keputusan seri sudah memadai buat mereka untuk lolos ke peringkat kalah mati.
Kehadiran Mbappe dalam kesebelasan utama menggamit suasana di stadium apabila barisan penyokong Les Bleus ternyata gembira dengan kelibat bintang mereka itu bakal turun beraksi buat pertama kali sejak mengalami kecederaan patah hidung dalam aksi sulung bertemu Austria.
Perancis mendominasi separuh masa pertama dengan menghasilkan peluang demi peluang ketika berdepan Poland dalam landasan untuk menamatkan saingan Kumpulan D di tempat pertama selepas perlawanan seri tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
Poland turut menonjolkan kualiti permainan, dengan Piotr Zieliński menguji kemampuan penjaga gol, Mike Maignan, namun kredit harus diberikan kepada penjaga gol Poland yang menafikan deretan peluang Perancis sepanjang 45 minit pertama.
Bersambung dalam separuh masa kedua, Perancis dihadiahkan sepakan penalti apabila Ousmane Dembele dijatuhkan Jakub Kiwior, dan Mbappe menggunakan peluang tersebut untuk meledak gol pertama peribadinya di pentas Kejohanan Eropah.
Sepanjang beraksi di pentas kejohanan utama, Poland tidak pernah menamatkan saingan tanpa sebarang mata, dan menyedari mereka sudah tidak lagi berpotensi untuk beraksi di peringkat kalah mati, mereka berusaha dalam memastikan memperoleh penamat yang positif.
Kegagalan Dayot Upamecano untuk mengawal keadaan dalam kotak penalti memaksa dirinya untuk melakukan kekasaran terhadap Karol Świderski dan pengadil perlawanan mengesahkan menerusi VAR sebelum menghadiahkan penalti.
Selepas dinafikan pada percubaan pertama, Robert Lewandowski diberikan peluang sekali lagi untuk menyempurnakan jaringan sekaligus mengikat kedudukan 1-1.
Keputusan seri itu menyaksikan Perancis terlepas tempat pertama apabila Austria melakar kejutan muncul juara kumpulan apabila mengatasi Belanda 3-2 di Berlin.
Ammar Hakim
Tue Jun 25 2024
EURO 2024: Kylian Mbappe ledak gol sulung Kejuaraan Eropah, Perancis muncul naib juara kumpulan
Kylian Mbappe akhirnya berjaya menjaringkan gol dalam saingan Euro 2024 ketika membantu Perancis mengikat Poland 1-1 dalam aksi di Signal Iduna Park sebentar tadi.
EURO 2024: Austria singkirkan cabaran Poland, kecewakan Lewandowski
Austria memastikan peluang ke peringkat kalah mati terus terbuka selepas menewaskan Poland 3-1 di Arena Olympiastadion, Berlin sebentar tadi.
Separuh masa EURO 2024: Krzysztof Piatek jaring gol penyamaan, kedudukan terikat 1-1
Poland mengikat Austria dalam separuh masa pertama Kumpulan D dengan kedudukan 1-1.
Kesebelasan utama EURO 2024: Tiada kelibat Lewandowski, Austria sedia uji Poland
Ketua jurulatih Poland, Michal Probierz, membariskan barisan pemain terbaik dalam perlawanan kedua Kumpulan D menentang Austria di Arena Dusseldorf, sebentar lagi.
EURO 2024: Tabiat pelik pengurus terkemuka Eropah
Tular video Ronald Koeman mengorek hidung kemudian menjilat hingus ketika Belanda menang 2-1 ke atas Poland dalam aksi Euro 2024 semalam.
EURO 2024: Belanda bangkit tewaskan Poland
Belanda terpaksa berkerja keras sebelum menewaskan Poland 2-1 dalam saingan Euro 2024, Kumpulan D di Stadium Volkspark, sebentar tadi.
EURO 2024: Lelaki ditembak polis Hamburg selepas serangan menggunakan kapak
Seorang lelaki ditembak polis di kawasan Hamburg, Jerman, yang dipenuhi penyokong bola sepak menjelang perlawanan Euro 2024 di antara Poland dan Belanda ketika ini, susulan serangan ke atas seorang pegawai dengan kapak, menurut pihak polis bandar itu.
EURO 2024: Armin Van Buuren sertai perarakan penyokong Belanda
Produser muzik terkenal, Armin Van Buuren, dilihat turun serta dalam perarakan penyokong Belanda menuju Stadium Volkspark berdepan Poland dalam aksi pembukaan Kumpulan D, sebentar tadi.
Piala Dunia Qatar: Mbappe tidak pamerkan aksi terbaik -- Deschamps
Kylian Mbappe tidak mempamerkan aksi terbaiknya menentang Poland walaupun jaringan separuh masa kedua membantu Perancis mara ke suku akhir, kata Didier Deschamps.
Piala Dunia Qatar: Lewandowski tidak tolak kemungkinan beraksi empat tahun lagi
Robert Lewandowski 'tidak takut' bermain di Piala Dunia akan datang, tetapi kapten Poland itu mengakui pasukannya memerlukan perubahan taktikal.
Peiris and Jayasuriya star as New Zealand crumble on day three
Sri Lanka still in control on day 3
Dorival calls for patience over Neymar's Brazil return
Neymar has been left out of Brazil's 2026 World Cup qualifiers next month, but head coach Dorival Junior is confident he will return soon.
Guardiola declares "war" on Arsenal in escalating rivalry
Manchester City and Arsenal drew 2-2 in a frantic clash last week, and Pep Guardiola knows his team have a fierce battle on their hands.
Alisson and Ederson 'push each other to be better'
Liverpool goalkeeper Alisson has suggested that him and compatriot Ederson push each other's performance level even higher.
Persistent rain in Kanpur washes out day two of Bangladesh Test
After limited play on day one in Kanpur, India and Bangladesh did not make it onto the field on Saturday due to persistent rain.
Sabalenka closes in on win-streak record after China Open triumph
In her first appearance since her US Open triumph, Aryna Sabalenka cruised into the last 16 of the China Open with a dominant display.
Sahin frustrated by defence despite convincing Dortmund win
Borussia Dortmund may have registered a convincing win over Bochum, but their defensive display left Nuri Sahin with problems to solve.
Sinner overcomes Safiullin test to reach China Open quarters
Jannik Sinner's powers of recovery were on show once again at the China Open as he set up a tie with Jiri Lehecka in the last eight.
New Zealand 33-13 Australia: Dominant All Blacks rally to comeback win
Australia made a bright start in Wellington but slumped over the finish line in the Rugby Championship after the All Blacks' comeback.
Bompastor 'feels wiser' as Chelsea's 100% record continues
Chelsea manager Sonia Bompastor highlighted the time she spent learning about the WSL after Chelsea beat Crystal Palace 7-0 on Friday.