Kylian Mbappe tidak mempamerkan aksi terbaiknya menentang Poland walaupun jaringan separuh masa kedua membantu Perancis mara ke suku akhir, kata Didier Deschamps.

Dengan lima gol di Qatar, rekod karier Mbappe di Piala Dunia kini mencecah sembilan gol pada usia 23 tahun, dengan hanya Just Fontaine (13) yang menjaringkan lebih banyak untuk Perancis pada kejohanan itu -- kesemuanya berlaku pada Piala Dunia 1958.

Di sebalik kerbekesanan menjaringkan gol, Deschamps menyatakan keyakinannya Mbappe tidak mempunyai prestasi terbaiknya.



"Kami tahu tentang Kylian. Kami sudah melihatnya. Dia bercakap di padang bola sepak," kata jurulatih itu dalam sidang media selepas perlawanan.

"Dia tidak mempunyai perlawanan terbaiknya, saya tidak mahu menuduhnya apa-apa, dan dia sendiri mengetahuinya. Tetapi dia boleh bernukar perlawanan dalam seketika.

"Dia bermain dengan penuh kegembiraan. Kami mahu berkongsi senyuman itu dengannya. Perancis memerlukan Kylian Mbappe yang hebat malam ini, dan mereka mendapatnya."

Penyerang Paris Saint-Germain itu akan berkongsi tajuk utama dengan Olivier Giroud, yang membuka jaringan ketika menentang Poland untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya dengan 52 gol -- mengatasi catatan Thierry Henry yang telah dicatatkan sejak 2009.