Belanda 2-1 Poland

Belanda terpaksa berkerja keras sebelum menewaskan Poland 2-1 dalam saingan Euro 2024, Kumpulan D di Stadium Volkspark, sebentar tadi.


Poland membuka jaringan awal melalui tandukan kencang Adam Buksa pada minit ke-16 selepas sepakan percuma yang diambil oleh Nicola Zalewski tepat meluru ke arah kepalanya.




13 minit kemudian, sepakan deras Cody Gakpo dari luar kota penalti memastikan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Belanda menguasai perlawanan dalam separuh aksi kedua dengan sepakan tetapi penggalaman Wojciech Szczęsny menyelamatkan percubaan demi percubaan yang dilakukan pasukan lawan.

Begitupun, bekas pemain Manchester United, Wout Weghorst, menjadi penyelamat selepas menjaringkan gol kemenangan hasil hantaran daripada Nathan Ake pada minit ke-83.

Pertahanan Manchester City itu menjadi watak penting dengan dua jaringan gol dalam aksi pertama.

Belanda bakal berdepan cabaran naib juara Piala Dunia 2022, Perancis dalam aksi kedua Kumpulan D, Sabtu depan. Kini, Belanda menduduki tangga pertama Kumpulan D selepas satu perlawanan dan Poland di tangga keempat.

Poland tewas dalam 13 pertemuan terakhir pasukan itu berdepan Belanda, kali terakhir Poland berjaya meraih kemenangan berdepan Belanda adalah pada kelayakan EURO 1980 dengan kemenangan 2-0 di laman sendiri.