Dua gol separuh masa pertama Thomas Muller memastikan Vincent Kompany bermula dengan langkah kemenangan di Bayern Munich susulan kejayaan mengatasi Ulm 4-0 dalam aksi pusingan pertama DFB-Pokal.

Kingsley Coman dan Harry Kane hadir sebagai pemain gantian mewarnai keputusan perlawanan ketika Ulm gagal menghadirkan sebarang ancaman buat Bayern.


Joshua Kimmich bijak melepasi pertahanan Ulm dengan hantaran buat Stanisic yang melakukan lorongan buat Muller membuka jaringan.

Dua minit kemudian, gerakan cemerlang Muller-Serge Gnabry memaksa penjaga gol untuk meninggalkan gawang sebelum menggandakan jaringan.

Pemain terbaru pasukan, Michael Olise memperkenalkan dirinya bersama pasukan Bayern dengan kualiti menggelecek sebelum melakukan hantaran untuk Coman meledak gol ketiga perlawanan pada minit ke-79.

Penyerang utama pasukan, Harry Kane memastikan kemenangan bergaya mereka di laman snediri.