Kemas kini laman media sosial juara 10 kali berturut-turut Bundesliga, Bayern Munich, telah sah mengumumkan bekas pemain Manchester City, Vincent Kompany, sebagai ketua jurulatih yang baru, awal pagi tadi.

Jurulatih berusia 38 tahun itu memeterai kontrak bersama Bayern Munich selama tiga tahun sebagai pengganti kepada bekas jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel.

Pemain kelahiran Belgium itu telah dipecat sebagai jurulatih oleh pengurusan pasukan Burnley selepas kelab itu gagal dan tersingkir daripada saingan Liga Perdanan Inggeris (EPL), baru-baru ini.