Vincent Kompany menggesa Bayern Munich untuk berhenti melakukan kesilapan menjelang perlawanan Bundesliga menentang Freiburg di laman sendiri esok.

Bayern memperoleh kemenangan tipis 3-2 menentang Wolfsburg pada perlawanan terakhir, hasil jaringan lewat Serge Gnabry, selepas bolos dua kali pada awal babak kedua.

"Kami menilai segala-galanya, menyelidik segala butiran untuk mencari penyelesaian dan berusaha untuk mencipta gambaran yang sempurna.

"Kami beraksi dengan sangat baik pada separuh masa pertama menentang Wolfsburg tetapi kehilangan momentum sejurus selepas separuh masa," kata Kompany.

"Kesalahan sebegini sering berlaku kerana kesilapan.

"Namun, kami melawan dan bertahan.

"Mentaliti itu patut dipuji. Kami perlu menangani isu ini sebagai satu pasukan."

Freiburg meraih kemenangan mengagumkan 3-1 menentang naib juara musim lalu, Stuttgart, dalam perlawanan pertama mereka.

“Ia perlawanan yang sukar untuk kami tetapi objektif kami di laman sendiri di Allianz Arena sentiasa jelas,” tambah Kompany.