Selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) dan juga UKM FC mengambil keputusan untuk memotong gaji pemain, Kuching FA menjadi pasukan ketiga mengambil tindakan serupa.
Tonggak berpengalaman kelab dari Sarawak itu, Joseph Kalang Tie, mengakui pemotongan gaji berkenaan dilakukan dengan seiklhas hati walaupun purata gaji pemain pasukannya adalah rendah.
Kuching FA menerusi kenyataan Liga Bolasepak (MFL) semalam bersetuju dengan kaedah pemotongan gaji susulan wabak koronavirus baru (Covid-19) yang melanda negara dunia ketika ini.
Ia membabitkan pemotongan sebanyak lima peratus menerusi persetujuan bersama dengan pihak pengurusan bagi menyelesaikan masalah kewangan pasukan yang menyaksikan Liga Malaysia (Liga-) turut ditangguhkan.
"Gaji yang dipotong itu akan disalurkan untuk membantu golongan yang lebih memerlukan.
"Kami ikhlas kerana bersepakat. Apatah lagi logo kelab ini melambangkan keluarga Kuching," kata bekas pemain kebangsaan itu menerusi video kepada wakil Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.
Tindakan Kuching FA itu mendapat pujian MFL yang berharap pasukan lain dapat mengambil pendekatan sama.
Dalam masa yang sama, Kedah merancang menjejaki langkah itu tetapi masih di peringkat perbincangan dengan pemain.
"Kalau boleh kami nak bincang secara elok. Saya berasa pemain pun faham.
"Pemain jangan bermewah-mewah.
"Kami mahu menerapkan corak pemikiran yang baru kepada pemain supaya dalam masa yang sama, mereka dapat membantu masyarakat.
"(Jasa) mereka akan diingati oleh orang ramai," kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris, ketika dihubungi.
Menurut Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali, pula meskipun sebelum ini mereka berpendirian tegas mengenai isu pemotongan gaji, namun persatuan itu sama sekali tidak menghalang niat murni mana-mana pemain yang ingin menyumbang kepada masyarakat.
"Segala keputusan pemain tidak boleh dihalang, contohnya pemain JDT.
"Ia tertakluk kepada pemain itu sendiri," katanya.
Shaiful Shamsudin
Mon Apr 06 2020
Kedah sekat kebangkitan Pahang, JDT sekadar menang tipis
Kedah menyekat kebangkitan Pahang selepas menang 3-2 dalam pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Dua 'samurai' Kuching sedia kejutkan JDT
Ibarat samurai terakhir, Kuching FA bersedia untuk berjuang sehingga ke keringat penghabisan dengan harapan dapat mencipta kejutan ke atas juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok.
Joseph akui Kuching berdepan laluan sukar tapi boleh kejutkan JDT
Pemain tengah veteran Kuching FA, Joseph Kalang Tie, mengakui pasukannya akan berdepan cabaran sukar dalam Piala Malaysia bermula Jumaat ini tetapi yakin mereka mampu mengejutkan mana-mana lawan.
Tiga pasukan Liga Super, Liga Perdana berdepan penyingkiran Liga-M
Tiga pasukan daripada Liga Super dan Liga Perdana berdepan dengan kenungkinan tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan gara-gara dokumen pelesenan yang masih belum lengkap.
COVID-19: Kuching FA boleh terus bersaing
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan Kuching FA tidak perlu menarik diri daripada beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini walaupun berdepan dengan lima kes positif COVID-19.
Aiyyman tidak menyesal tinggalkan negeri kelahiran
Bekas pertahanan Sabah, Mohd Aiyyman Shah Johny Abdullah, berkata dia tidak pernah menyesal menerima tawaran untuk melatih skuad Piala Presiden Kuching FA walaupun terpaksa meninggalkan negeri kelahirannya.
Covid-19: Pemain Kuching FA sumbang gaji bantu insan memerlukan
Selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) dan juga UKM FC mengambil keputusan untuk memotong gaji pemain, Kuching FA menjadi pasukan ketiga mengambil tindakan serupa.
Kuching FA, Suwon FC jalin kerjasama
Persatuan Bola Sepak Kuching (Kuching FA) sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka kini menjalinkan kerjasama pintar dengan sebuah kelab dalam Liga Korea (Liga K), Suwon FC, bagi memantapkan program pembangunannya pada masa akan datang.
Piala FAM: Kuching FA tersungkur, UKM hampiri separuh akhir
UKM FC meletakkan sebelah kaki ke separuh akhir saingan Piala FAM apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuching FA di Stadium Negeri, Sarawak, malam tadi.
LBR: Sedikit lagi kerja keras untuk Serian ulangi kejayaan Kuching --Karim
Pasukan Serian FA berpeluang mengulangi kejayaan abangnya, Kuching FA apabila memiliki kelebihan satu gol dalam aksi pusingan pertama perlawanan Akhir Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) menentang Gua Musang FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.
Jokic salutes 'special' Edwards after influential Game 1 display
Jokic hails 'special' Edwards
Simeone insists Atletico 'cannot stop pushing' after narrow Mallorca win
Atletico Madrid tightened their grip on fourth place in LaLiga with victory over Mallorca, but Diego Simeone wants more from his players.
'It can only get better' - Sabalenka leaving Madrid Open 'with positive thoughts' despite Swiatek defeat
Sabalenka upbeat after Madrid Open
'It hurts to lose' - Inzaghi apologises after Sassuolo defeat
Inzaghi sorry for Sassuolo defeat
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico