Persatuan Bola Sepak Kuching (Kuching FA) sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka kini menjalin kerjasama pintar dengan sebuah kelab dalam Liga Korea (Liga-K), Suwon FC, bagi memantapkan program pembangunannya pada masa akan datang.
Naib presidennya, Fazruddin Abdul Rahman, menjelaskan kerjasama itu akan bermula pada tahun depan menerusi latihan singkat dan pendedahan kepada pemain dan jurulatih pasukan itu untuk berlatih di kelab berkenaan.
"Bagaimanapun, fokus utama adalah program pembangunan dan pengembangan bakat.
"Ini kerana Korea Selatan agak mendahului daripada aspek itu," katanya dalam sidang media sebelum menandatangani perjanjian persefahaman dengan kelab tersebut di Kuching sebentar tadi.
Perjanjian tersebut disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung Suwon FC, Jeon Ohchan, dan Presiden Kuching FA, Rakawi Ibrahim.
Fazruddin juga memberitahu bahawa perjanjian itu juga memberi peluang kepada Suwon FC untuk berlatih di bandar raya Kuching pada luar musim.
"Dalam masa yang sama, kita juga mengadakan kerjasama dengan Akademi Bola Sepak Park Ji Sung di Suwon dan akan menghantar pemain untuk menyertai ujian pemilihan dan pertandingan di akademi tersebut.
"Ia untuk pemain bawah 14 tahun dan difahamkan pertandingan diadakan secara tujuh sebelah.
"Mungkin selepas berlatih singkat di akademi tersebut, bakat-bakat muda yang terpilih boleh meneruskan latihan dengan Suwon FC," tambah Fazruddin.
Mengenai program pertukaran pemain, Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong itu menjelaskan bahawa pihaknya berminat untuk menjayakan program tersebut dan Suwon FC meluahkan persetujuan untuk meminjamkan pemain mereka, namun peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain import dalam Liga FAM.
Kuching FA merupakan juara sulung Liga Bola Sepak Rakyat dan layak ke suku akhir Liga FAM musim ini.
Rudi Affendi Khalik
Fri Oct 27 2017
Dua langkah sebelum ke Liga FAM
Saingan bola sepak Liga Malaysia akan menjadi lebih mencabar selepas ini apabila Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) memperkenalkan secara rasmi liga divisyen lima yang dikenali dengan nama Liga M5.
Sharbinee bakal perkuat Hanelang FC
Bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinee Allawee, bakal membuat penampilan semula dengan menyertai pasukan Liga FAM, Hanelang FC.
Liga FAM: Bolos awal "ganggu" PJ Rangers
Dibolosi dua gol di awal permainan diakui jurulatih PJ Rangers, Hassan Sazali Mohd Waras, sebagai punca kekalahan 2-3 kepada Terengganu City (TCFC) di tempat lawan, malam tadi.
Kuching FA, Suwon FC jalin kerjasama
Persatuan Bola Sepak Kuching (Kuching FA) sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka kini menjalinkan kerjasama pintar dengan sebuah kelab dalam Liga Korea (Liga K), Suwon FC, bagi memantapkan program pembangunannya pada masa akan datang.
PJ Rangers pikat Hassan
Selepas tiga musim terlepas slot ke Liga Perdana, kelab Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers) tidak menunggu lama untuk mengorak langkah bagi menghadapi saingan musim depan apabila melamar bekas penolong jurulatih kebangsaan, Hassan Sazali Waras, selaku pengendali baru.
Rosle yakin anak buah bangkit dalam aksi kedua
Biarpun gagal membawa bekalan jaringan, Felcra FC yakin mampu mengatasi cabaran Sime Darby dalam aksi separuh akhir kedua Liga FAM, sekaligus meraih tiket beraksi di Liga Perdana, musim depan.
Tengku Qayyum, Juzaili azam bawa Sime Darby ke Liga Perdana
Selepas tersingkir ke Liga FAM pada musim ini, Sime Darby mahu memastikan tempat ke Liga Perdana musim depan dapat menjadi milik mereka menjelang aksi separuh akhir pertama menentang Felcra FC di Stadium Universiti Malaya, 8 Oktober ini.
Felcra dapatkan khidmat Rosle Mohammad
Felcra FC memberikan peluang kepada bekas pemain Olimpik tahun 2000, Rosle Mohamad Derus untuk membawa pasukan itu memburu slot ke Liga Perdana 2018 selepas mengambil keputusan untuk melepaskan Yusri Che Lah.
Kamaruddin: MPKB-BRI UBeS FC cari kemenangan pertama di gelanggang sendiri
Ketua Jurulatih Majlis Perbandaran Kota Bharu –Bandar Raya Islam Urus setia Belia dan Sukan (MPKB-BRI UBeS FC), Kamaruddin Mohammad yakin pemainnya mampu memberikan aksi terbaik dalam usaha mencari kemenangan pertama di gelanggang sendiri menentang Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan (MOF) FC, dalam saingan Liga FAM, malam ini.
KDMM FC harap keputusan lebih baik dalam aksi akan datang
Walaupun sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan (MOF FC) dalam aksi Liga FAM, semalam, penolong pengurus kelab Bola Sepak Kadazan Dusun Murut (KDMM FC), Ebby Roy, yakin perlawanan itu menjadi batu loncatan bagi mereka untuk mencapai keputusan lebih baik pada perlawanan akan datang.
Eintracht Frankfurt 1-5 Bayer Leverkusen: Alonso's champions roll on
It was a stroll in the park for Bayer Leverkusen on Sunday, as the Bundesliga champions hammered Eintracht Frankfurt 5-1.
Salah makes Premier League history in Anfield thriller
Mohamed Salah was back on form for Liverpool as they beat Tottenham, and he etched his name into the record books in Sunday's game.
Liverpool 4-2 Tottenham: Salah shines as Reds swat aside Spurs
Liverpool kept their slim title hopes alive, while Spurs failed to take advantage of Aston Villa's earlier loss in the top-four race.
Maguire's league season over as Man Utd confirm muscle injury
Harry Maguire could face a race against time to be fit for the FA Cup final after he sustained a muscle injury.
Pochettino hails Chelsea's growth after thumping West Ham
Poch hails Chelsea's growth
Manchester City 1-2 Arsenal: Blackstenius late show stuns WSL leaders
Substitute Stina Blackstenius scored a last-gasp double as Arsenal came from behind to down WSL leaders Manchester City 2-1.
Zenden: Off-the-field uncertainty at Man Utd unhelpful for Ten Hag
Man Utd uncertainty unhelpful
Chelsea 5-0 West Ham: Five-star Blues run riot again at Stamford Bridge
Report: Chelsea 5-0 West Ham
Brighton 1-0 Aston Villa: Villans' top-four hopes stutter after late Pedro header
Report: Brighton 1-0 Aston Villa
IPL: Jadeja stars as CSK move into playoff places
Ravindra Jadeja top-scored with 43 runs and claimed three wickets as the Chennai Super Kings gained revenge on the Punjab Kings in the IPL.