Pemain tengah veteran Kuching FA, Joseph Kalang Tie, mengakui pasukannya akan berdepan cabaran sukar dalam Piala Malaysia bermula Jumaat ini tetapi yakin mereka mampu mengejutkan mana-mana lawan.
Kuching mencipta kejutan apabila menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tempat keempat selepas menumbangkan Kuala Lumpur 2-0 dalam perlawanan terakhir di Stadium Hang Jebat semalam.
Bagaimanapun, mereka diundi untuk bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pusingan pertama Piala Malaysia.
Bagi Joseph, format kalah mati musim ini akan menyukarkan mana-mana pasukan tetapi yakin Kuching mampu melakarkan kejutan dalam perlawanan pembukaan itu.
"Perlawanan kalah mati memang susah. Kalau dalam peringkat kumpulan, jika kalah, kami boleh fokus kepada perlawanan seterusnya tetapi dalam perlawanan kalah mati, satu kesilapan boleh menyingkirkan kami," katanya dalam sidang media.
"Apa yang penting, Kuching FA akan bekerja keras. Bagi saya, kejutan itu sentiasa ada dalam bola sepak.
"Kalau kami bermain sebagai satu pasukan dan bekerja lebih keras daripada pihak lawan, rezeki itu sentiasa ada," katanya.
Meskipun tewas, Kuala Lumpur, yang menamatkan Liga Perdana di tempat ketiga, tetap layak ke Liga Super musim depan memandangkan naib juara, Terengganu FC II merupakan pasukan sokongan dan akan kekal dalam saingan divisyen dua itu.
Tuah terus memihak skuad Warga Kota itu apabila diundi mendapat laluan percuma dalam pusingan pertama Piala Malaysia, sekali gus layak secara automatik ke suku akhir.
Mengulas mengenai saingan itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusoff, berkata: "Sejarah dalam Piala Malaysia, saya pernah mengecap kejuaraan selaku penolong jurulatih Kedah tetapi sebagai ketua jurulatih masih belum lagi.
"Kami akan mencuba untuk mara sejauh mungkin dan sasarannya juga tidak berapa tinggi, jadi kami perlu mencipta kejutan ke atas lawan yang akan kami jumpa."
Muzaffar Musa
Sun Nov 01 2020
Perak FC bakal terima pemilik baru
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Yunus Zakariah, mendedahkan bahawa pasukan itu sudah hampir pasti mencapai kata sepakat dengan sebuah syarikat tempatan yang bersedia mengambil alih pemilikan kelab berkenaan.
Perak FC sedia dijual dengan harga RM1
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Yunus Zakaria, berkata kelab itu sedia dijual dengan harga serendah RM1 bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.
MFL tidak tolak saingan Piala FA dibatalkan
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, tidak menolak kemungkinan saingan Piala FA musim ini dibatalkan seadainya masalah jangkitan COVID-19 dalam kalangan pasukan yang bertanding kian meruncing.
Khairul Helmi belum mahu bersara
"Saya masih belum mahu bersara," kata pertahanan veteran, Khairul Helmi Johari, yang masih mahu mewarnai saingan Liga Malaysia musim ini.
MFL pendekkan saingan Piala FA, Piala Sumbangsih tiada kena-mengena dengan Liga Super
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melakukan sedikit perubahan dalam penjadualan Liga Malaysia musim 2022, di mana perlawanan Piala Sumbangsih akan kembali sebagai aksi pembuka tirai tanpa melibatkan sebarang pungutan mata Liga Super.
UiTM bakal pertaruh pemain muda daripada pemilihan terbuka
Meskipun hala tuju dalam Liga Perdana musim depan masih menjadi tanda tanya, UiTM FC tetap memulakan persiapan bagi membentuk skuad lengkap dengan mengadakan sesi pemilihan terbuka selama empat hari di Stadium UiTM Shah Alam bermula semalam.
Nurshamil ambil inisiatif sendiri persiap diri hadapi musim baru
Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani, mengambil inisiatif sendiri bagi mempersiapkan diri menghadapi saingan Liga Perdana musim ini.
Rezal Zambery akui perancangan bersama Kelantan terjejas kerana penggantungan
Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya, akui perancangan pasukannya untuk menghadapi musim baru Liga Malaysia terjejas selepas dia digantung selama dua bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
ABK21: Arif Aiman dinobat pemenang Anugerah MVP
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, melengkapkan musim gemilangnya apabila dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21) yang diadakan secara virtual sebentar tadi.
Arthur Cunha tidak sabar julang kejuaraan dengan Negeri Sembilan
Pertahanan Negeri Sembilan FC, Arthur Cunha, tidak sabar untuk menjulang kejuaraan pertamanya di Malaysia apabila berpeluang untuk melakukannya dalam perlawanan terakhir Liga Perdana musim ini.
Eintracht Frankfurt 1-5 Bayer Leverkusen: Alonso's champions roll on
It was a stroll in the park for Bayer Leverkusen on Sunday, as the Bundesliga champions hammered Eintracht Frankfurt 5-1.
Salah makes Premier League history in Anfield thriller
Mohamed Salah was back on form for Liverpool as they beat Tottenham, and he etched his name into the record books in Sunday's game.
Liverpool 4-2 Tottenham: Salah shines as Reds swat aside Spurs
Liverpool kept their slim title hopes alive, while Spurs failed to take advantage of Aston Villa's earlier loss in the top-four race.
Maguire's league season over as Man Utd confirm muscle injury
Harry Maguire could face a race against time to be fit for the FA Cup final after he sustained a muscle injury.
Pochettino hails Chelsea's growth after thumping West Ham
Poch hails Chelsea's growth
Manchester City 1-2 Arsenal: Blackstenius late show stuns WSL leaders
Substitute Stina Blackstenius scored a last-gasp double as Arsenal came from behind to down WSL leaders Manchester City 2-1.
Zenden: Off-the-field uncertainty at Man Utd unhelpful for Ten Hag
Man Utd uncertainty unhelpful
Chelsea 5-0 West Ham: Five-star Blues run riot again at Stamford Bridge
Report: Chelsea 5-0 West Ham
Brighton 1-0 Aston Villa: Villans' top-four hopes stutter after late Pedro header
Report: Brighton 1-0 Aston Villa
IPL: Jadeja stars as CSK move into playoff places
Ravindra Jadeja top-scored with 43 runs and claimed three wickets as the Chennai Super Kings gained revenge on the Punjab Kings in the IPL.