Selepas disahkan mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL), arkitek utama Selangor, Noor Al-Rawabdeh, menerima ketentuan tersebut dan terpaksa berehat panjang.

Menurut pemain kebangsaan Jordan itu, ia adalah kecederaan paling serius pernah dialaminya sepanjang bergelar pemain profesional sambil bertekad mahu segera pulih dan kembali beraksi secepat mungkin.

Sebelum ini, insiden tersebut berlaku ketika pertemuan The Red Giants menentang PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu lalu.

"Pertama sekali Alhamdulillah untuk segalanya kerana ini merupakan ketentuan Tuhan dan Insya-Allah saya menerimanya.



"Saya berharap bukan sembilan bulan tatkala saya cuba yang terbaik serta berjanji akan kembali secepat mungkin.

"Sudah tentu saya juga pernah merasai kecederaan tetapi kali ini lebih meyakitkan dan saya terpaksa menunggu lama untuk pulih," katanya.