Pertarungan paling dinanti-nantikan di antara Conor McGregor dan Dustin Poirier dalam kategori lightweight, dengan kemenangan menjadi milik Poirier selepas lawannya mengalami kecederaan patah kaki.

Gilbert Burns menewaskan Stephen Thompson menerusi keputusan sebulat suara, manakala Tai Tuivasa menumbangkan Greg Hardy dalam kategori heavyweight. Sean O'Malley mengatasi Kris Moutinho (bantamweight), menakala Irene Aldana mengatasi Yana Kunitskaya (catchweight).

Kesemua 24 petinju MMA bersaing dalam UFC 264 dan dibayar dengan sejumlah wang yang besar.

Walaupun tewas, McGregor tetapi membawa pulang sejumlah wang yang lebih banyak berbanding Poirier.

Berikut adalah perincian pendapatan setiap petinju MMA, bersama dengan insentif, menurut The Sports Daily.

Conor McGregor - ASD5,011,000 (ASD5,000,000 hadir ke perlawanan, ASD11,000 insentif)

Dustin Poirier - ASD1,021,000 (ASD1,000,000 hadir ke perlawanan, ASD21,000 insentif)

Sean O'Malley - ASD221,000 (ASD70,000 hadir ke perlawanan, ASD70,000 bonus kemenangan, ASD75,000 bonus Perlawanan Terbaik, ASD6,000 insentif).

Gilbert Burns - ASD216,000 (ASD100,000 hadir ke perlawanan, ASD100,000 bonus kemenangan, ASD16,000 insentif )

Stephen Thompson - ASD156,000 (ASD140,000 hadir ke perlawanan, ASD16,000 insentif)

Tai Tuivasa - ASD149,000 (ASD34,000 hadir ke perlawanan, ASD34,000 bonus kemenangan, ASD75,000 Bonus Persembahan Terbaik, ASD6,000 insentif)

Greg Hardy - ASD106,000 (ASD100,000 hadir ke perlawanan, ASD6,000 insentif)