Padang Stadium Nasional Rajamangala tampak berada dalam keadaan yang baik dan siap sedia menjelang perlawanan Thailand dan Korea Selatan bagi saingan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, selasa ini.

Tular semalam adalah video transformasi Stadium Nasional Rajamangala yang dikongsikan menerusi ciapan di aplikasi 'X' @ThaiFootballs yang berdurasi selama hampir tiga minit.

Laman rasmi 'X' pasukan bola sepak kebangsaan Thailand juga memuat naik gambar persekitaran stadium yang tampak berada di tahap terbaik.