Padang Stadium Rajamangala, Bangkok dilihat sudah berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menerima kunjungan Korea Selatan yang membabitkan perlawanan pasukan tuan rumah, Thailand, dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, selasa ini.

Sebelum ini Thailand berjaya mencuri satu mata dalam perlawanan ketiga Kumpulan C selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika beraksi menentang gergasi Asia itu di Stadium Piala Dunia Seoul, minggu lalu.

Kehadiran skuad yang menduduki tangga ke 22 dunia, Korea Selatan, itu pasti disambut dengan atmosfera yang meriah terutamanya dari aspek kualiti padang yang terbaik untuk kedua-dua pasukan bersaing nanti.