Sempena cuti Hari Thaipusam di Lembah Klang, moh le ke lokasi-lokasi Tayangan Skrin Besar anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) malam ini.

Stadium Nasional, Bukit Jalil antaranya dalam fasa terakhir untuk menyambut kehadiran penyokong.

Malaysia akan menentang Republik Korea di Stadium Al-Janoub, Qatar untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E jam 7.30 malam ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, menjelaskan tiga skrin disediakan di sini.




Beberapa aktiviti menarik dan pelbagai juadah juga turut dijual untuk kemudahan penyokong yang datang.

Kalau bertemu Bahrain, hampir 6,000 penyokong turun ke 'balapan', malam penutup ini biarlah lebih meriah demi Harimau Malaya.

Ikuti lokasi-lokasi Tayangan Skrin Besar di seluruh negara: