Ranking Harimau Malaya tergelincir dua anak tangga dalam kemas kini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi.

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu kini menghuni tangga ke-132 dunia selepas tamat kempen Piala Asia 2023.

Ketika ranking FIFA dikeluarkan Disember lalu, Malaysia menduduki tangga ke-130 tetapi tumpas dua perlawanan awal dalam kempen di Qatar mengguggat posisi itu biarpun mengikat Republik Korea 3-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.