Perkabaran tidak baik mula menjelma dari skuad Korea Selatan menjelang sepak mula separuh akhir Piala Asia Qatar menentang Jordan. Son Heung Min dikatakan sempat bergaduh kecil dengan Lee Kang In sehari sebelum perlawanan itu.

Korea JoongAng Daily melaporkan, Son Heung Min terlibat dengan pergaduhan itu dengan beberapa pemain muda Taeguk Warriors termasuk, Lee Kang-in.

Sebelumnya, The Sun melaporkan bahawa Son mengalami jari terseliuh dalam pertengkaran yang berlaku usai makan malam pasukan.

Son dikatakan tidak senang dengan sikap para pemain muda yang meninggalkan meja makan malam lebih cepat demi bermain pingpong.

Sebagai kapten pasukan dan pemain senior, Son kemudian menegur para pemain muda tersebut dan mengakibatkan perselisihan faham. Emosi Son membuak hingga situasi baju Lee Kang In ditarik olehnya.

Pergaduhan berterusan sehinggalah ianya terpaksa dileraikan oleh para pemain lain. Namun, jari Son tercedera dan terpaksa dibalut ketika berlawan dengan Jordan.

Setelah berita perselisihan itu tersebar luas, Lee Kang In mengucapkan permohonan maafnya di media sosial.

"Saya dilaporkan berkelahi dengan Son menjelang semifinal Piala Asia. Saya telah melakukan kekecewaan besar bagi semua fanatik pasukan Korea. Saya sangat menyesal," tulis Lee.

"Saya seharusnya mendengar kata para pemain lebih senior dan saya meminta maaf kerana tak menunjukkan sikap yang baik," tulis Lee lagi.