Penyerang kebangsaan, Faisal Halim mendahului undian gol terbaik Kejohanan Piala Asia Qatar Edisi 2023.

Daripada 132 gol dijaringkan menerusi 51 perlawanan dalam pusingan akhir peringkat benua itu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyenarai pendek lapan jaringan menarik.

Faisal jauh mendahului undian di laman sesawang AFC.com setinggi 67 peratus jauh mendahului pencabar terdekat Mousa Al Tamari, pemain Jordan yang memperoleh 19 peratus.

Peminat masih sempat untuk mengundi Faisal Halim sebagai kebanggaan Malaysia hingga tarikh tutup yang ditetapkan pada esok.