106 hari lagi menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak edisi ke-21.

Terdapat beberapa atlet kelahiran Sarawak yang sudah mewakili negara di peringkat dunia dan pernah menyertai Sukma, antaranya ialah jaguh muay thai, Johan Ghazali Zulfikar.

Bermula daripada minat dan keinginan seawal usia 10 tahun, Johan yang mesra dengan panggilan Jojo, sudahpun aktif dalam sukan itu dengan mendapat galakkan dari ibu bapanya, yang juga merupakan bekas atlet muay thai.

Jojo kemudian dikalungkan pingat emas kategori 60 kilogram dalam Sukma edisi ke-20 di Kuala Lumpur dua tahun lalu.



Namanya melonjak selepas menumbangkan jaguh Mexico, Edgar Tabares, secara 'knock-out' hanya dalam masa 36 saat, di mana video kemenangan itu kemudian tular di laman-laman sosial

Ramai penonton teruja melihat aksinya dalam perlawanan itu sehingga ada yang menyamakannya dengan petarung legenda Thailand, Rodtang Jitmuangnon.

Walaupun usianya masih muda, ketahanan tubuh dan kekuatan tumbukan yang dimilikinya membuatkan lawan yang lebih berpengalaman berasa gerun dengan kehadirannya.



Jojo kini aktif berlatih di bawah naungan kelab Rentap Muaythai bersama jurulatihnya, Addy Singpayak, untuk persiapan ke 'bout' seterusnya pada 7 June ini.

Sayangnya, Jojo tidak dapat menyertai Sukma kali ini kerana terikat dengan kontrak bersama One Championship.