Pemain ping pong negara, Leong Chee Feng, gagal mara ke penentuan pingat emas apabila tumpas kepada Izaac Quek 1-4, sebentar tadi.

Chee Feng mengakui bahawa taktikal perlawanan yang digunakan pada awal perlawanan antara faktor kekalahan serta punca perseorangan Singapura itu mampu memacu permainan dengan jurang yang begitu jauh.

"Dalam tiga set awal, saya asyik memberinya ruang untuk membuat pukulan kilas, lagipun saya banyak membuat kesilapan ketika bertahan.

"Saya memenangi set keempat kerana mengelak mengulangi corak permainan serupa dan ia memberikan saya keyakinan.

"Pukulan kilasnya terlalu deras buat saya selain faktor putaran bolanya.

"Saya cuma dapat agak lambat menemui corak permainan yang sesuai untuk mengatasinya," katanya.