Gandingan Javen Choong dan Karen Lyne mara ke suku akhir acara beregu campuran ping pong Sukan Komanwel Birminghan 2022 selepas menewaskan pasangan Kanada, Eugene Wang-Zhang Mo, 3-1 di Dewan NEC 3 sebentar tadi.

Pasangan negara itu memulakan rentak cemerlang untuk menang mudah 11-2 dalam game pertama tetapi membenarkan lawan menyamakan kedudukan dengan kekalahan 9-11 dalam game kedua.

Karen, yang masih segar dengan kejayaan memenangi pingat perak dalam acara berpasukan wanita, menjadi pendorong Javen untuk menang 11-6, 11-7 dalam dua set berikutnya.

Mereka seterusnya akan bertemu wakil India, G. Sathuyan-B. Manika, dalam penentuan ke separuh akhir lewat malam ini.