Wakil tunggal negara dalam acara gimrama, Ng Joe Ee, layak ke final acara all-around Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Huanglong sebentar tadi biarpun masih bergelut dengan kecederaan belakang.

Olahragawati Kebangsaan 2022 itu mengalami kecederaan berkenaan dua minggu sebelum ke Hangzhou tetapi dia menahan kesakitan itu untuk menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-12.

Pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu mengumpulkan keseluruhan 85.150 mata daripada empat aparatus, iaitu gelung, bola, belantan dan reben, sekali gus tergolong dalam kelompok 20 peserta yang layak ke aksi final esok.

Sebagai rekod, Joe Ee muncul wakil tunggal dalam sukan berkenaan selepas kontinjen negara mengambil keputusan untuk tidak menyertai acara berpasukan all-around.