Pengendali skuad ragbi 7's wanita, Faiz Shamsukhidir, terkilan dengan pertukaran format Kejohanan SEA Sevens Singapura yang hanya diketahui pada saat-saat akhir.

Pertukaran format tersebut melibatkan pengecualian perlawanan separuh akhir dengan kemaraan dari peringkat kumpulan terus ke peringkat final.

Skuad ragbi wanita negara kelihatan dalam keadaan cukup bersemangat ketika bertolak ke Singapura semalam.

"Sebelum ini kami tidak begitu memandang Thailand pasal menganggap mereka berada di tahap berbeza.




"Tapi sudah sampai masanya kami berikan tumpuan untuk bersaing kepada Thailand," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Ketua pasukan, Rozliana Mohd Ridwan, yakin selepas isu tersebut dibincangkan bersama jurulatih, fokus pasukan hanya untuk mempersembahkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan bermula bertemu Laos, esok.

Selain itu, skuad negara perlu mengharungi cabaran dari Thailand dalam kumpulan yang sama.

"Kami tidak menganggap sama ada ia mudah atau tidak.

"Kami perlu berikan persembahan terbaik untuk mencerahkan peluang dalam perlawanan seterusnya," katanya pula.