Puluhan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pasti tidak dapat melupakan kenangan, yang mungkin menjadi antara detik indah dalam kehidupan mereka.

Mana tidaknya, legenda ragbi dunia dan New Zealand, Sonny Bill Williams, yang dalam rangka lawatan ke Malaysia sempat meluangkan masa melawat sekolah berprestij tersebut.

Sekolah yang terkenal kerana kecemerlangan akademik dan sukan termasuk ragbi itu, menjadi antara lokasi persinggahan Williams semasa beliau berada di Malaysia.

Beberapa pelajar kemudian mempersembahkan ‘haka’ di hadapan Williams yang turut sama dilihat teruja dengan persembahan itu.

“Hari bermakna bersama adik-adik dari Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak.


View this post on Instagram

A post shared by Sonny Bill Williams (@sonnybillwilliams)


“Kami mendalami perbincangan mengenai sukan, iman, dan cara memupuk pertumbuhan minda dengan standard yang tinggi.

“Alhamdullilah untuk kehidupan ini dan itu adalah keberkatan,” tulisnya di laman Instagram.

-Awani