AFRIKA SELATAN 16 ENGLAND 15

Hasrat England untuk layak ke Piala Dunia Ragbi 2023 tidak kesampaian selepas tewas tipis 15-16 kepada juara bertahan, Afrika Selatan, dalam aksi separuh akhir di Stade de France awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Steve Borthwick itu mendahului sembilan mata menuju ke suku terakhir tetapi aksi hebat mereka di atas permukaan padang basah mula menghilang apabila Springboks meningkatkan permainan mereka, terutama ketika scrum.

Seperti kebiasaan, England memanfaatkan kelebihan set-piece dimiliki mereka tetapi kemasukan fly-half, Handre Pollard, mengubah nasib Afrika Selatan di Paris.

RG Snyman menghasilkan satu-satunya try perlawanan itu pada minit ke-70 sebelum Pollard menyempurnakan conversion sukar.

Pasukan juara bertahan itu masih ketinggalan dua mata selepas try berkenaan tetapi pemain terbaik aksi kali ini jelas milik Pollard, di mana dia menjaringkan penalti dari jarak jauh berbaki dua minit perlawanan.

Springbok seterusnya akan berdepan New Zealand dalam misi mempertahankan gelaran mereka dalam aksi final di venue sama pada hujung minggu depan.