Juara bertahan Corporate Super Rugby, Muamalat Bullets, percaya mampu mengekalkan kejuaraan yang diraih dalam edisi 2022 memandangkan skuad kali ini dibarisi rata-ratanya pemain berpengalaman.

Meskipun dilabel selaku pasukan pilihan, pengurus Muamalat Bullets, Mohd Adam Abdullah, mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan ancaman yang bakal ditampilkan lawan, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Patriots.

"Saya percaya dengan persiapan yang dilakukan.

"Pemain berpengalaman kami akan menyahut cabaran untuk menghasilkan persembahan menakjubkan.