Bintang baharu Denver Nuggets, Russell Westbrook, menganggap beraksi di pentas antarabangsa sebagai satu platform untuk memberi inspirasi kepada generasi muda di seluruh pelosok dunia.

Ujarnya, peluang berada di atas gelanggang perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan mempamer aksi cemerlang untuk menghasilkan keputusan yang memuaskan.

"Semasa saya masih muda, ayah saya pernah memberitahu yang kita tidak tahu siapa yang akan datang menonton dan mereka berasal daripada mana.

"Tetapi yang pasti mereka datang ke sini untuk melihat kita bermain dan ia sekaligus akan memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya seperti kita," tambahnya.




Pemain profesional Amerika Syarikat itu tekad membawa Nuggets untuk menagih gelaran juara NBA yang perlu direalisasikan setelah sekian lama mengidamkannya.

Perpindahan ini merupakan kali yang kelima buatnya sejak debut pertama di NBA pada 2008 yang sekaligus melakar nama sebagai bintang Oklahama City Thunder.