Atlet bola tampar wanita yang pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA, berkongsi gambarnya di laman Instagram di mana dia pergi menonton perlawanan NBA secara langsung, baru-baru ini!

Perlawanan di antara Orlando Magic dan Chicago Bulls itu tamat dengan kemenangan 133-119 berpihak kepada Orlando. Aksi itu dihadiri seramai 18,308 penonton di Pusat Kia, Orlando, Florida dan salah seorang daripada mereka adalah Tasha Mae!

Tasha Mae merupakan atlet bola tampar negara yang mula mencuri perhatian peminat sukan negara menerusi penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dan semakin mendapat tempat di hati peminat apabila membuktikan dirinya bukan sahaja hebat di gelanggang tetapi juga seorang genius setelah meraih keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun seterusnya.

Kini, Tasha merupakan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) tetapi masih aktif membuat kandungan bola tampar di laman media sosial nya.

Good luck and take care, Tasha!