Pemain tengah Uzbekistan, Odiljon Xamrobekov yakin mempunyai solusi untuk melepasi jentera pertahanan Thailand untuk melepasi saingan suku akhir saingan Piala Asia Qatar.

Dengan ketiadaan kapten pasukan, Eldor Shomurodov disebabkan kecederaan, Uzbekistan dijangka akan bergelut untuk mendapatkan jaringan sepanjang saingan di Qatar.

Tetapi pasukan bimbingan Sereko Katanec berjaya melepasi peringkat kumpulan tanpa kalah dengan empat jaringan daripada empat penjaring berbeza.

Perlawanan pusingan 16 yang menampilkan White Wolves menentang Thailand -- yang juga tidak pernah tewas sepanjang perlawanan peringkat kumpulan -- di Stadium Al-Janoub malam ini.

"Saingan Piala Asia ini sudah pun memasuki fasa yang sangat mencabar dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang layak.

"Kami akan menentang pasukan yang bukan calang-calang hebatnya. Thailand adalah pasukan yang kuat, jadi ia tidak akan mudah buat kami.

"Untuk tiga perlawanan kami setakat ini, kami bermain tanpa penyerang, tetapi kami berjaya mencari pelbagai jenis penyelesaian berdasarkan gaya permainan kami," kata Odiljon.