Kecederaan tiga tonggak utama skuad hoki negara, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin, Meor Muhamad Azuan Hasan dan Muhammad Firhan Ashari, menyaksikan mereka terlepas peluang untuk membantu Malaysia dalam Kejohanan Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh bermula 11 hingga 22 Oktober ini.
Sidang media Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini bagi mengumumkan 18 pemain ke Dhaka juga menyaksikan jurulatih negara, Stephen van Huizen, mengumumkan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dipinjamkan ke skuad Piala Sultan Johor 2017, sekaligus turut terlepas ke Piala Asia 2017.
Berdasarkan 18 nama yang diumumkan, empat pemain yang tidak ke Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun lalu, iaitu Joel Samuel Van Huizen, Muhamad Ramadan Rosli, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad mendapat kepercayaan Van Huizen untuk beraksi dalam Piala Asia.
Jurulatih itu turut menyangkal pandangan bahawa Malaysia tidak memandang serius kejohanan ini kerana telah layak ke Piala Dunai 2018.
Jelas Van Huizen: “Kejohanan Piala Asia sangat penting untuk kami kerana ia akan membantu untuk menaikkan ranking pasukan selain ia penting untuk kami mengekalkan prestasi terbaik dan peningkatan yang telah kami tunjukkan.
“Perlawanan Piala Asia tidak akan semudah yang disangka dan kami menjangkakan persaingan yang hebat akan diberikan oleh pasukan yang bersaing dan kejohanan ini akan menjanjikan persaingan yang cukup hebat,” ujarnya.
Sementara itu, KHM turut memperkenalkan Muhammad Amin Rahim selaku pembantu jurulatih yang akan bekerjasama dengan pembantu jurulatih negara, Lim Chiow Chuan, bagi kejohanan ini sebagai pendedahan kepadanya untuk memperkembangkan lagi kerjaya kejurulatihannya.
Amin, yang turut hadir dalam sidang media berkenaan, menyahut baik kepercayaan yang diberikan oleh KHM dan akan menggunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada KHM kerana memberi peluang ini. Bagi saya, ia merupakan peluang keemasan untuk saya memperkembangkan kerjaya sebagai jurulatih dan ini merupakan langkah pertama untuk saya membantu skuad kebangsaan,” jelasnya.
Skuad lelaki negara akan berlepas ke Dhaka pada Ahad ini jam 8 malam sebelum menjalani perlawanan persahabatan bertemu Jepun keesokannya.
Senarai 18 pemain ke Piala Asia 2017:
1. Kumar A/L Subramaniam
2. Muhammad Hafizuddin Othman
3. Muhammad Razie Abd Rahim
4. Muhammad Sukri Abdul Mutalib
5. Muhammad Najmi Farizal Jazlan
6. Faiz Helmi Jali
7. Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan
8. Muhammad Azri Hassan
9. Mohd Marhan Mohd Jalil
10. Mohd Fitri Saari
11. Nabil Fiqri Mohd Noor
12. Joel Samuel Van Huizen
13. Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad
14. Muhammad Haziq Samsul
15. Muhammad Ramadan Rosli
16. Muhammad Shahril Saabah
17. Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil
18. Faizal Saari
Penulis Jemputan
Wed Oct 04 2017
Emas mesti dicapai di Indonesia
Penjaga gol hoki negara, S. Kumar, menyifatkan peluang terbaik Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ialah dengan meraih pingat emas Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.
Hoki: Kekalahan yang tidak boleh diterima, kata Van Huizen
Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen van Huizen, tidak dapat menerima kekalahan 7-0 pasukannya kepada England dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan Komanwel di Pusat Hoki Gold Coast, pagi tadi.
Gold Coast 2018: Pemain perlu fokus setiap masa, kata Van Huizen
Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen, tidak mahu prestasi kurang konsisten pasukannya ketika Piala Sultan Azlan Shah, bulan lalu, kembali berulang dalam usaha mencuri slot ke separuh akhir Sukan Komanwel di Gold Coast, bermula esok.
India sekat hajat anak buah Van Huizen
Hasrat skuad hoki negara untuk mengesahkan tempat dalam final dengan lebih awal terpaksa ditangguhkan selepas tunduk 2-6 di tangan India dalam aksi kedua peringkat separuh akhir round robin Piala Asia 2018, sebentar tadi.
Piala Asia 2017: Empat tonggak terlepas aksi
Kecederaan yang dialami oleh tiga tonggak utama skuad hoki lelaki negara, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin, Meor Muhamad Azuan Hasan dan Muhammad Firhan Ashari, menyaksikan mereka terlepas peluang untuk membantu Malaysia dalam kejohanan Hero Piala Asia 2017 di Dhaka Bangladesh bermula 11 hingga 22 Oktober ini.
Van Huizen bimbang kecederaan Shukri
Kecederaan yang dialami beberapa pemain utama skuad hoki negara terutama kapten, Shukri Mutalib, membimbangkan ketua jurulatihnya, Stephen Van Huizen.
Pembabitan penolong jurulatih negara dalam LHM keputusan tepat
Ketua jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen, menyambut baik tindakan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang membenarkan penolong jurulatih kebangsaan terbabit dalam Liga Hoki Malaysia pada musim depan.
Hoki: Fokus hoki padang sahaja selepas ini
"Kami hanya fokus hoki padang sahaja selepas ini."
Hoki: Malaysia raih kemenangan kedua
Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Thailand 6-0 dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, sebentar tadi.
Hoki: Skuad negara mula langkah kanan
Pasukan hoki lelaki Malaysia membuktikan Indonesia bukan tandingan mereka apabila membelasah skuad negara jiran itu 18-1 dalam perlawanan pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
'You can never be settled' – Bellingham dreaming of more after Champions League comeback
Jude Bellingham will face his former club Borussia Dortmund in the Champions League final after Real Madrid's 2-1 win over Bayern Munich.
Real Madrid 2-1 Bayern Munich (4-3 agg): Joselu late show seals Champions League final spot
Real Madrid beat Bayern Munich 2-1 on the night and 4-3 on aggregate to set up a Champions League final against Borussia Dortmund.
Aston Villa ready for 'biggest challenge' says Emery
Aston Villa trail Olympiacos 4-2 in the Europa Conference League, but Aston Villa says his team are prepared for their "biggest challenge".
Osaka makes winning return at Italian Open
Naomi Osaka marked her first Italian Open appearance since 2021 with a victory over Clara Burel on Wednesday.
Leverkusen motivated by Roma loss in 2022-23
Alonso: Leverkusen extra motivated
Vinicius 'proving he's one of the best in the world', says Carvajal
Carvajal salutes Vinicius
Winning Olympic medal 'equal to Grand Slams', says Gauff
After missing out in Tokyo three years ago following a positive COVID-19 test, Coco Gauff is excited to make her Olympics bow in Paris.
Doncic admits 'I've got to be better' after Mavericks go down in Oklahoma
Dallas Mavericks' Luka Doncic knows he must improve after failing to reach the 20-point mark for the first time in 25 postseason games.
Dortmund have flown under the radar to reach Champions League final, says Terzic
Terzic hails 'unbelievable road'
Mbappe admits 'I didn't do enough' following PSG's Champions League exit
Mbappe shoulders PSG blame