Kecederaan yang dialami beberapa pemain utama skuad hoki negara, terutama kapten, Sukri Mutalib, membimbangkan ketua jurulatihnya, Stephen Van Huizen.
Beliau berharap mereka mampu pulih sebelum beraksi dalam Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh, dari 11 hingga 22 Oktober ini.
Menurut Van Huizen, beliau masih menunggu laporan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) mengenai tahap kecederaan betis yang dialami Sukri, Izad Hakimi dan Marhan Abdul Jalil.
Namun, antara mereka bertiga, Van Huizen paling bimbangkan Sukri yang disifatkan mengalami kecederaan paling serius.
Belum bersedia kehilangan Shukri dan pemain lain, beliau mengharapkan mereka sempat pulih dan disenaraikan dalam skuad akhir ke Piala Asia.
"Kami tidak boleh mengharapkan pemain bebas kecederaan. Kami akan cuba memberi tekanan kepada mereka, sama ada mereka bersedia atau tidak, ada kekuatan atau tidak," katanya.
Mengenai perubahan format pertandingan edisi tahun ini, Van Huizen berkata skuad hoki negara perlu lebih bersedia mengharungi setiap perlawanan.
Malaysia, yang diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China dan Oman, perlu memastikan berada di tangga kedua jika mahu mara ke separuh akhir.
"Jangan dilupakan pasukan seperti Korea Selatan atau Pakistan. Kita berada di ranking ke-12, Korea berada di tempat ke-13 dan Pakistan ke-14. Ranking tidak banyak menjadi perbezaan.
"Ia adalah persembahan pada hari pertandingan, ia bergantung kepada siapa yang bermain bagus, siapa yang mengambil peluang dan siapa yang bertahan baik.
"Kami menjangkakan ia satu perlawanan yang sukar kerana dalam Asia, ada enam pasukan yang kuat," tambahnya.
Penulis Jemputan
Wed Sep 27 2017
SAFF B-19 Wanita: India hampir dinobat juara dengan lambungan syiling
India hampir menjuarai Kejohanan SAFF B-19 Wanita 2024 dengan lambungan syiling sebelum semakan komisar perlawanan mendapati perkara itu tiada dalam buku undang-undang permainan.
Piala Dunia T20: Scotland kejutkan Bangladesh
Chris Greaves mempamerkan aksi cemerlang dalam membantu Scotland mengejutkan dan mencalarkan peluang Bangladesh untuk layak ke Piala Dunia T20 Super 12 menerusi kemenangan di Muscat, Oman awal pagi tadi.
Van Huizen bimbang kecederaan Shukri
Kecederaan yang dialami beberapa pemain utama skuad hoki negara terutama kapten, Shukri Mutalib, membimbangkan ketua jurulatihnya, Stephen Van Huizen.
Van Dijk: I love Liverpool and Liverpool loves me
Van Dijk: I love Liverpool
Konstas had no fear of facing Bumrah due to being 'young and a bit naive'
Konstas had no fearof Bumrah
LeBron: Christmas belongs to the NBA
James: Christmas is our day
Sporting sack Amorim's replacement Pereira after just eight games
Sporting sack Pereira
Celtics win shows 76ers' potential, says Embiid
Embiid: Celtics win shows potential
Guardiola: Man City in danger of not qualifying for Champions League
Pep: Man City might not reach UCL
Konstas shines on debut in Australia's strong start
Konstas stars on Austraila debut
Arteta says injury-hit Arsenal must be creative against Ipswich
Arteta: Arsenal must be creative
James, Lakers survive Curry’s 38 points to edge Warriors
James, Lakers edge Curry, Warriors
3 things about Zii Jia's new coach Yeoh Kay Bin
Yeoh Kay Bin was announced as Lee Zii Jia’s latest head coach on Christmas Day, following the departure of Wong Tat Meng. Stadium Astro looks at the background and achievement of the former national shuttler.