Pasukan hoki lelaki Malaysia membuktikan Indonesia bukan tandingan mereka apabila membelasah skuad negara jiran itu 18-1 dalam perlawanan pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Skuad kendalian Stephen Van Huizen jelas berada dalam kelas tersendiri apabila tidak memberikan sebarang ruang buat lawan untuk bangkit sehingga ke wisel penamat.
"Kami hanya mahu turun bermain dan mencatat kemenangan. Dalam suku terakhir kami membenarkan pihak lawan menjaringkan gol.
"Kami menduduki ranking jauh lebih tinggi jadi senario ini tidak sepatutnya berlaku. Kualiti kita terlalu tinggi berbanding pasukan lain.
"Berdepan Thailand esok, kami amat menghormati mereka kerana melihat aksi mereka ketika berdepan Myanmar mereka menerapkan corak menyerang. Jadi saya mahu pemain beraksi sebaik mungkin dan melakar kemenangan," kata Van Huizen.
Faizal Saari muncul penjaring terbanyak dengan lima gol dan selebihnya disumbang oleh Fitri Saari (tiga gol), Razie Rahim (tiga gol), Shahril Saabah (dua gol), Rashid Baharom (dua gol), Ramadan Rosli (dua gol) dan Nabil Noor (satu gol) manakala jaringan saguhati Indonesia diraih menerusi Abdullah Al Akbar.
"Sasaran utama kami sudah tentu meraih pingat emas dan membantu kontinjen negara muncul juara keseluruhan. Pada masa sama kami perlu memberikan aksi sebaik mungkin," ujar Syukri Mutalib, ketua pasukan skuad hoki negara.
Sementara itu, skuad wanita negara turut mencatat kemenangan selepas menewaskan Singapura 5-0 dalam aksi terdahulu.
Dua gol daripada Surizan Awang Noh dan masing-masing daripada Siti Ruhani, Fatin Sukri serta Norsharina Shabbudin memberikan kelegaan sekaligus meraih tiga mata berharga buat Malaysia.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Penulis Jemputan
Wed Aug 23 2017
LHM: UiTM hukum ketumpulan Maybank
Skuad hoki UiTM mencipta kejutan untuk mencetak kemenangan sulung dalam kempen Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 dengan menundukkan Maybank 3-1, petang tadi.
LHM 2025: Yogeswaran optimis keupayaan Matador meski hadapi kekangan masa
Ketua jurulatih Matador Hockey Club, K. Yogeswaran menyifatkan pasukannya tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2025 menjelang perlawanan pertama bertemu Nurinsafi Sporting di Bertam, 15 Januari ini.
LHM 2025: Usah terlalu hormati lawan, kata jurulatih TNB Thunderbolts
Ketua jurulatih TNB Thunderbolts, Kaliswaran Muniandy melarang skuad kendaliannya terlalu menghormati barisan bintang Tenaga Nasional Berhad (TNB) esok.
LHM 2025: Jurulatih Maybank persoal semangat sebilangan pemain
Ketua jurulatih baru skuad hoki Maybank, Iman Gobinathan, tidak akan berkompromi sikap acuh tak acuh sesetengah pemain utamanya yang mengugat harapan untuk menamatkan kemarau 30 tahun tanpa kejuaraan.
LHM 2025: Rodhanizam pantau tahap kecergasan pemain
Kurang sebulan menuju Piala Dunia Hoki Dalam Dewan di Croatia bermula 3 Februari, ketua jurulatih negara, Rodhanizam Mat Radzi ‘turun padang’ memantau tahap kecergasan pemainnya di saingan Liga Hoki Malaysia 2025.
LHM: Misi Maybank sekat kecemerlangan juara Piala Sumbangsih, THT
Maybank harus menggunakan kesempatan yang ada apabila berbaki 24 jam sebelum pertemuan menentang Terengganu Hockey Team (THT) dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil esok.
Hoki Piala Sumbangsih: THT pecah dominasi TNB untuk bergelar juara
Terengganu Hockey Team (THT) memecahkan kebuntuan apabila menyekat hajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bergelar juara dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
LHM 2025: TNB pertaruh empat muka baru
Dalam usaha untuk memperkukuhkan dominasi di pentas Liga Hoki Malaysia, skuad hoki TNB mengambil langkah mempertaruhkan empat wajah baru yang akan menghiasi barisan pemain musim 2025.
Hoki Piala Sumbangsih: Kehadiran Jong-hyun lengkapkan skuad TNB
Kehadiran individu penting yang paling dinantikan, bintang Korea Selatan, Jang Jong-hyun selamat kini tiba di tanah air bagi melengkapkan barisan tonggak utama skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelang Piala Sumbangsih Sabtu ini.
LHM: Bukan lagi jalan mudah buat TNB dalam musim baru
Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini, menganggap perubahan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 memberi penambahbaikan daripada segi kualiti penganjuran.
Australian Open: Zverev cruises into third round as Paul beats Nishikori
Zverev cruises into third round
Dyche backs Moyes to push Everton forward in second Goodison spell
Dyche: Moyes will push Everton
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain
Australian Open: Ruud's major wait continues after Mensik defeat
Mensik beats Ruud in Melbourne
Daigneault lauds Wallace progress after returning to form in Sixers win
Daigneault lauds Wallace response
Klopp: I'll throw a party if Man City lose their Premier League titles
Klopp: Party if City lose titles
Australian Open: Gauff battles past Burrage
Gauff overcomes Burrage test
Australian Open: Osaka relishing 'Titan' encounters in Melbourne
Osaka relishing 'Titan' clashes
Australian Open: Djokovic 'blessed' to set grand slam record
Djokovic delighted with major feat
Draw specialists Juventus being held back by stalemates, says Motta
Motta: Draws holding Juventus back