"Kami hanya akan fokus hoki padang sahaja selepas ini."
Itu pernyataan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, selepas skuad hoki negara berjaya meraih tiga pingat emas daripada empat acara yang dipertandingkan.
Tiga emas yang dirangkul adalah daripada pasukan hoki dalam dewan lelaki, hoki padang wanita dan hoki padang lelaki, sekaligus menunjukkan pencapaian yang tidak selari dengan sasaran KHM sendiri, iaitu menyapu bersih empat emas selepas hoki dalam dewan wanita sekadar meraih gangsa.
Pujian diberikan kepada semua pemain atas usaha keras mereka tetapi Subahan menegaskan bahawa KHM tidak lagi akan memberi perhatian kepada acara hoki dalam dewan kerana mahu fokus kepada hoki dalam padang yang mempunyai misi yang lebih cerah di peringkat dunia.
"Selagi saya presiden, saya tidak akan buat hoki dalam dewan. Kalau presiden baru selepas saya nak buat, itu terpulang kepada dia. Bagi saya, kita ada sasaran untuk ke Sukan Olimpik dan Sukan Asia di Jakarta," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih hoki padang lelaki negara, Stephen Van Huizen, berpuas hati dengan kejayaan yang diraih anak buahnya meraih emas selepas membenam cabaran Myanmar 14-0, semalam.
Namun, dia menegaskan tiada cuti lama untuk pemain kerana perlu fokus kepada saingan Piala Asia di Dhaka, Oktober ini.
"Selepas ini, kami akan berikan mereka cuti dua minggu, kemudian memberi fokus kepada Piala Asia di Dhaka. Kami tidak tertekan kerana kami sudah pun melayakkan diri ke Piala Dunia," ujar Van Huizen.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Penulis Jemputan
Wed Aug 30 2017
Piala Sultan Haji Azlan Shah: Malaysia gagal pertahan kejuaraan, tewas ditangan Jepun
Skuad hoki negara terpaksa berputih mata selepas tewas kepada Jepun 1-2 dalam perlawanan ketiga Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.
Piala Sultan Azlan Shah: Hafizuddin tekad mahu kekang Jepun
Kejayaan menumbangkan pasukan di ranking ke-10 dunia, New Zealand, tidak semudah yang disangka kerana ia bertunjangkan kecemerlangan dua tonggak senior, Marhan Jalil, serta Hafizuddin Othman.
Piala Sultan Azlan Shah: Bola hantaran tinggi formula rahsia Sarjit
Selepas tiga perlawanan membabitkan Malaysia dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), skuad negara berjaya mencetak 16 gol yang disumbangkan oleh lapan pemain berbeza.
Piala Sultan Azlan Shah: Muhajir kembali perkuat posisi penyerang
Pemain berpengalaman, Muhajir Abdul Rauf, kembali mengemudi jentera serangan selaku posisi asalnya ketika perlawanan menentang New Zealand, dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), di Stadium Hoki, Ipoh.
PSAS: Akhimullah Anuar tekad bukti kemampuan
'Saya cemburu', demikian luahan penyerang The Speedy Tigers, Akhimullah Anuar Esook, merujuk kepada pemain yang sebaya dengannya, yang semakin mendapat tempat dalam skuad negara....
Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Info siaran langsung dan live streaming Malaysia lwn New Zealand
Skuad hoki negara akan meneruskan pemburuan tempat ke final Piala Sultan Azlan Shah dengan menentang New Zealand di Ipoh malam esok.
Piala Sultan Azlan Shah: Akhimullah optimis manfaat peluang bantu The Speedy Tigers
Penyerang hoki negara, Akhimullah Anuar, optimis untuk membantu pasukannya menjelang perlawanan kedua The Speedy Tigers berdepan New Zealand malam ini.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia bangkit tewaskan Kanada
Skuad hoki negara berjaya mengembalikan keyakinan penyokong selepas meraih kemenangan pertama menetang Kanada dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.
Skuad hoki dalam dewan negara tiada tempat latihan
Skuad Hoki Dewan negara masih mengalami masalah berkenaan kemudahan tempat latihan apabila sering kali menjadi perkara berbangkit dalam perbincangan bersama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Info siaran langsung dan live streaming Malaysia lwn Kanada
Malaysia akan turun dengan misi kemenangan pertama dalam Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan menentang Kanada menjelang perlawanan kedua pusingan round-robin di Ipoh malam ini.
Journeyman Joselu takes long, winding road to Champions League final
Joselu, Madrid's semi-final hero
McIlroy: Golf could learn from Northern Ireland peace process
McIlroy: Golf like NI peace process
Tuchel: Champions League semi-final defeat 'tough to accept'
Tuchel: Defeat tough to accept
Super-sub Joselu strikes again as comeback kings Madrid pounce
Data Debrief: Madrid 2-1 Bayern
'You can never be settled' – Bellingham dreaming of more after Champions League comeback
Bellingham: Real Madrid are family
Real Madrid 2-1 Bayern Munich (4-3 agg): Joselu late show seals Champions League final spot
Report: Madrid 2-1 Bayern (4-3 agg)
Aston Villa ready for 'biggest challenge' says Emery
Villa ready for huge test
Club Brugge 1-1 Fiorentina (3-4 agg): Viola seal Europa Conference League final return
Brugge 1-1 Fiorentina (3-4 agg)
IPL: Sensational Sunrisers dispatch Super Giants
SRH dispatch LSG with 10-wicket win
Rodgers promises Celtic's 'best version' in Old Firm clash
Hoops will be at their best