Astro Arena dan radio Sinar akan bergabung untuk menentang pemain-pemain legenda Piala Sultan Selangor dalam Pesta Bola SINARENA di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 25 Ogos ini.

Antara pemain yang akan membuat kemunculan mewakili pasukan itu ialah bekas pemain kebangsaan, Safee Sali, Zaquan Adha, Datuk Zainal Abidin Hasan serta ramai lagi.

Sementara itu, personaliti Astro Arena dan Sinar akan dibintangi oleh Hafizal Hamad, Abang Botak (Nafis), Roy Azman, Rahim dan lain-lain.

A post shared by SINAR (@sinar_my)


Penonton dijemput hadir dan masuk adalah percuma!