Pasukan Legenda Selangor memenangi perlawanan menentang skuad campuran Astro Arena dan radio Sinar dalam Pesta Bola SINARENA yang berlangsung di Stadium Merdeka, sebentar tadi.

Aksi tersebut berkesudahan dengan keputusan 3-3 sebelum Legenda Selangor menoktahkan kemenangan 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti menyaksikan Datuk Zainal Abidin Hasan menjaringkan gol kemenangan pertemuan itu.


"Ini merupakan perlawanan persahabatan yang diadakan untuk mengenali lebih rapat sosok tubuh legenda negara selain menghargai perjuangan mereka selama ini.

"Saya sangat teruja kerana dapat bermain satu padang bersama meraka yang sebelum ini hanya disaksikan di kaca televisyen (TV).

"Saya berbesar hati dapat bermain bola sepak bersama mereka," kata penyampai radio Sinar, Falyq Hikyle.