Marc Marquez memohon maaf kepada Maverick Vinales atas tindakannya ketika Grand Prix Itali ketika Fabio Quartararo memperoleh petak pertama dalam penuh bergaya.

Vinales kelihatan kecewa selepas Marquez mengikuit rapat menjelang penghujugn Q1 dan rapat mengekorinya.

Selepas memasuki lorong pit di hadapan Vinales, Marquez kemudian menoleh ke belakang mengetahui penunggang Monster Yahama tidak dapat melakukan perkara yang sama.

Ia berjaya buat Marquez, yang berjaya melakukan catatan masa lebih pantas menjelang pusingan terakhir.

Manakala Vinales, terpaksa turun ke tempat ketiga oleh Aleix Espargaro, menyaksikan dia sekadar ke tempat ke-13 dan terluar daripada Q2.

Marquez, yang memulakan perlumbaan di tempat ke-11, memohon maaf kepada Vinales tetapi menegaskan tindakannya terdapat dalam peraturan.


"Kami melihat senarai, penunggang terpantas merupakan Vinales, jadi kami memilihnya kerana dia terpantas, [bukan untuk memasuki Q2], tetapi jika terdapat sesiapa yang lebih pantas, kami akan memilihnya," kata juara dunia enam kali itu.

"Dan ketika saya mengikutinya, itu adalah taktik kerana itu satu-satunya cara untuk memperbaiki diri.

"Saya ingin berada di tahap lain dan kedudukan lain untuk mendorong di hadapan dan meminta yang lain mengikuti saya, seperti berkali-kali di masa lalu. Tetapi saya tidak seperti ini.

"Tetapi saya tahu, kerana saya mempunyai perasaan pada masa lalu, bagaimana perasaan Maverick. Atas sebab itu, saya melihat Vinales selepas sesi itu dan kami membincangkannya dan saya meminta maaf.

"Tetapi pada akhirnya, itu ada di dalam peraturan. Di dalam batasan tetapi di dalam peraturan, dan apa yang saya lakukan adalah berusaha mencari situasi yang sempurna untuk melakukan 100 peratus dan mendapatkan hasil terbaik."