Berakhirnya perlumbaan epik di GP Portugal di mana Jorge Martin raih podium pertama musim ini.




Namun perkara lebih menarik adalah apabila 'Rookie of the Year', Pedro Acosta, "memalukan" dua juara dunia.

Nama pertama iaitu Marc Marquez telah dipintas Acosta yang membuat serangan di lap ke-18.

Bersambung di lap ke-14, Acosta sekali lagi membuat kejutan dengan pertembungan menarik dengan juara bertahan musim 2023, Francesco Bagnaia.




Pertembungan itu berakhir dengan Acosta berada di hadapan sekaligus akhiri perlumbaan di tempat ke-3.

Kejayaan itu menyaksikan Pedro Acosta meraih podium buat kali pertama di saingan kelas premier dalam kariernya.